Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak adalah kesinambungan Sekolah Agama Menengah Batu 40. Sekolah ini bermula dari Kelas Menengah Darjah Khas Batu 36 Sekendi yang ditubuhkan pada tahun 1960. Pada tahun 1962 sekolah ini berpindah ke bangunan Madrasah Muhammadiyyah Batu 40 Sabak Bernam dengan kerjasama pihak yang berkaitan dan ehsan waris-waris al-marhum Tuan Haji Muhammad yang telah membina separuh madrasah tersebut.
Pada tahun 1968 madrasah tersebut mendapat dua blok bangunan baru di tapak tersebut yang diwakafkan oleh waris-waris Tuan Haji Muhammad. Satu lagi bangunan telah ditambah pada tahun 1984. Akhirnya sekolah ini mempunyai 4 bangunan yang mempunyai 15 bilik darjah yang memuatkan lebih 500 orang pelajar dengan 36 orang guru. Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Agama Muhammadiyyah Batu 40 sempena nama al-marhum Tuan Haji Muhammad.
Bertepatan dengan perkembangan dan permintaan yang mendesak dari penduduk tempatan dan permohonan dari kawasan bandar untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah agama, maka Kerajaan Negeri Selangor telah berusaha membina sekolah baru yang lengkap dengan segala kemudahan. Akhirnya pada 1 Ogos 1999 kerajaan Negeri Selangor telah membuat pecah tanah untuk tujuan itu. Pada 1 Ogos 2003, sebuah kompleks sekolah agama telah siap dan dinamakan Kompleks Sekolah Agama Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam.
Pada tahun 2003, bilangan tenaga pengajar hanya seramai 23 orang. Bilangan ini bertambah dari setahun ke setahun selaras dengan bilangan pelajar yang berjumlah 814 orang pada tahun 2008. Pada tahun 2008 bilangan kakitangan berjumlah 10 orang dan bilangan guru berjumlah 55 orang.
Pada tahun 2006, pihak Jabatan Agama Islam (Bahagian Pelajaran JAIS), Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (Kementerian Pelajaran Malaysia), telah membuat MoU. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

salam…saya ex sekolah nie…rindunyer la ngan kengkawan dan cikgu2…
How to get feed back from my old school members,97
yaa….I wuz here from 1987 to 1991…
I can only remember Cikgu Suhaimi Busro….our hostel warden. At that time the Pengetua was Ustaz Mahali.
Batch SPM 1991—> call me at 019-2022279…need to find some old friends…
Cikgu Suhaimi bin Bushra kirim salam kat you (Asri) katanya : Semoga You berjaya dalam kerjaya yang diceburi dan doakan kesihatannya bertambah baik. Baru-baru ini dia sakit 2 bulan…….
Thank’s you.
ustadz…..sye tak puas ati la dgn kakitangan skolh sammps………lambat membuat urusan pemindahan………
L E M B A P
W’salam, semuga cikgu-cikgu disana sihat-sihat sejahtera. Jasa semua guru tetap dikenang walaupon ada yg pahit. Tanpa guru, we all semua ni tak sampai ke mana.
Hope to see all of our teachers …..will call everybody as all we know to make a reunion. Our ‘ 1991 majalah sekolah’ missing some where… need to recall all our classmate. Some of us dah jadi ustaz, guru, arkitek, engineer, ahli politik, kontraktor, usahawan driving school etc. Proud to be ex-SAM Muhammadiah Bt 40.
Cikgu Laily, Cikgu Ainun, Cikgu Faridah, Cikgu Razali (dah pindah kot) <— remember sikit-sikit. Harap semua juga sihat.
Assalamualaikum……
Rindunye dgn Sekolah ni…..Sekolah dan Guru-guru yg sentiasa didalam HATI.. Tempat jatuh lagi dikenang…Rindu sgt2 pada guru-guru yg byk memberi tunjuk ajar…. Rasa ingin kembali semula ke sekolah…. Apakan daya .To all my friends hopefully dapat berkumpul semula…. Manalah tahu satu masa kita boleh minta izin utk buat reunion kat sekolah baru ni bersama guru lama dan baru. Tiada guru-guru ni tiadalah kita dihari ni. Pahit dulu adalah manis disaat ini….
Pada khabar agaknya Ustaz Khaironi….ustaz bahasa arab yg teratur jalannya. Yg sentiasa memerhatikan anak muridnya dengan cermin mata saktinya membuat semua pelajar tk akan bergerak dr tempat…
Apa khabar agaknya cikgu razali….guru mate yg sentiasa membuat kejutan dengan sifirnya yg membuat ank murid sentiasa get ready….
Apa khabar agaknya Cikgu Suhaimi…. guru BM… Kalau tak sihat tu jgn lupa mkn ubat….
Teringat juga pada ustaz Mahali….klau masuk kelas kami sampai sakit perut ketakutan….
Klau ade nama yg tidak tersebut, bukan maknanya kami lupa… Tapi terlalu panjang utk diceritakan.
Kepada ustaz dan ustazah yg tiada lagi kami sedekah kan A-FATIHAH…..
Kepada kengkawan 1987-1991 yg baca blog ni dapatlah menghubungi zura74@gmail.com semoga reunion ni dapat direalisasikan…
Pada Ustaz2 dan Guru2 salam manis…… Jasamu tetap kami kenang.
Azura
EX SAM Batu 40
1987-1991
Waalaikum salam….!
1. Ustaz Khaironi = Dah bersara (pencen) Jadi imam besar Masjid Sabak Bernam sekarang ni…
2. ustaz Mahali = Dah bersara (pencen)
3. Cikgu Suhaimi kirim salam kat kamu….Dia kata sangat merindukan kamu…he..he..
TQ.
saper ex student 1988-1992?
Salam…saya bekas pelajar sekolah ni dari 1987 – 1991… Sekolah ni tetap dalam hati dan ingatan …banyak kenangan dan jasanya pada saya sehingga saya juga jadi pendidik sekarang.. Thank’s cikgu… masa tu cikgu yang paling saya ingat cikgu Suhaimi Bushro…warden yang paling garang tapi baik hati dancukup bertanggungjawab…tak lupa juga cikgu-cikgu lain Cikgu CT…Cikgu Razali..Ustaz Musa…Ustaz Sayuti..Cikgu Ainun..Cikgu Laili..Cikgu Faridah..Ustaz Syukor..Ustaz Mahmud dan ramai lagi… yang tak tertulis disini.. whatever pun cikgu semua tetap dalam ingatan
Waalaikum salam..Rozina..
Pertama sekali ucapan tahniah kerana dah jadi guru…dapat pahala banyak…ruginya sapa2 tak jadi cikgu..
1. Cikgu Suhaimi Bushro = masih lagi warden yang garang…he..he..
2. Cikgu CT = Dah jadi warden. Ngajar BM & Sej
3. Cikgu Razali = Dah pindah SAM Parit Baru
4. Ustaz Musa = Dah bersara (pencen)
5. Ustaz Sayuti = dah meninggal Inna lillahi wa inna ilaihi roojiuun. Al-fatihah..
6. Cikgu Ainun = masih setia lagi setia ngan sek ni…
7. Cikgu Laili = masih setia lagi setia ngan sek ni…
8. Cikgu Faridah = guru kaunseling sekolah sepenuh masa…tidak terikat lagi dengan pnp di dalam kelas…
9. Ustaz Syukor = Dah bersara (pencen)
10. Ustaz Mahmud = Dah bersara (pencen)
TQ.
Pihak sekolah masih ada ke simpan koleksi Majalah sekolah…kalau ada saya nak beli or pinjam utk scan gambar-gambar yang berkaitan…
majalah edisi awal like 1991…..
helo, saya dak sekolah rendah sebelahnya
asalammulaikum…
ustaz saya nak tanye asrama puteri@ putera ade kosong tak saya nak masukkan adik saya dan adik sedara saya.
[BALAS]
Waalaikum salam !
Nurul wahidah boleh terus berhubung dgn Us Gos Hafiz untuk bertanya kekosongan penempatan di asrama (L) @ (P)
Terima kasih !
Admin SAMMPS
Salam..
Saya bekas penuntut sek. nih dari 1996-1997..Lepas SPM sy sambung belajar di UIA..guru-guru sy masa tuh cikgu razali,cikgu rozli,ust. sayuti, cikgu suhaimi…byk lagi…tp dah lupe nama..seingat sy masa tuh sy hanya belajar dikelas yg dibina dr kayu jer…apapun sy tgk dah byk perubahan pada sek. nih..alhamdulillah…semoga sekolah ni terus melahirkan generasi anak2 yg cemerlang…
Salam, saya ex-student 1987-1991, saya ingin mengucapkan rasa terima kasih yang tak terhingga kepada guru2 yang telah mendidik kami. Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian, kepada Cikgu Suhaimi bekas guru kelas 5B dan warden asrama kami, maafkan segala kenakalan kami..sabar sungguh cikgu dengan karenah kami, cikgu sentiasa dalam ingatan. Semoga sekolah ini akan tetap utuh dan terus melahirkan insan yang beriman, cermerlang, gemilang dan terbilang. Amin..
assalamualaikum…
saya pelajar tahun 1987-1991 ingin menghubungi semula geng-geng yang ingat kat saya lagi…miss u all…
sye nak dok asrama blek….bley x???/
boleh……….
Tahun 1997-tahun 2001.Kenangan kat tapak sekolah lama…kat seberang jalan sana tu & bgnn sek.SAM BT 40….emmm…bestnye….kat sek tu gak lah saya jumpa jodah ngan suami saya.form 1 dah gatal2…tapi belajar x abaikan tau.dah kemenara gading pun.ALHAMDULILLAH..jgn marah ye cikgu2 semua..rindu sangat2 kat cikgu nawid fatima…kat manelah skrg..cikgu ni mmg best…rahsiaku di tangan mu…hehehe…kisah lama lah…
cg nawed masih adalaaah
aslmkm semua..smoga cikgu2 dan kakitangan sihat2 belaka..dah lame x ziarah..smoge raye nt kite bertemu..huhu.salam ukhuwwah kepada pelajar2 juga..semoga berjaya!
salam haizum…belajar dimana?
lama tak dengar berita…
Assalamualaikum semua untk tenaga pengajar,petugas dan pelajar di SAMM Bt40, Sabak Bernam………..rsnye msih tidak t’lewat lg saya mengucapkan slm aidilfitri untk smua…..dikesempatan ini juga sy ingin memohon ampun & maaf andai ada slh&silap…buat guru2,ustaz&ustazah smua trm ksih di ats ilmu & tunjuk ajar yg diberikan……..jasamu tetap di kenang……..kini sy telah berjaya ke menara gading & berkhidmat di PDRM…….
Salam ingatan tulus ikhlas untk smua,
Ex-student SAMM Bt 40 (1997-2001)
sekolah ini banyak menyedarkan betapa pentingnya Ilmu.teringat kepada mudir Abah dan ustaz mahali.pada tahun 1988.sekarang aku sudah berjaya menjejakkan kai kutm unuk deegre.dan ke u.malaya untuk program master.terima kasih cikgu.kepada kawan2 lama dan guru 2 saya mohon maaf banyak.o133970471
sk Batu Sawar ucapkan kepada guru2 satu malaysia agar doakan kami semua
salam,,,sy tringin sgt nk msuk skolah nie,,,,tpi pe kelayakan yg harus sy ade tuk msuk skolah nie….sy pelajar ting 3 thun2010…..mphon pendapat…
Salam,
saya bekas pelajar sekolah nih dulu…tapi yang dekat batu 40…semoga semua warga sekolah sihat wal’afiat dan diberkati Allah
RINDU KAT SEMUA CIKGU SAMONE
semekom..kim slm cikgu faridah yg sllu kaunseling sy..n kim slm gak kt cikgu suhaimi, ustaz abbas n pengetua cikgu jamil…sy rndu ngn rotan2 anda..hahaha
Salam…sekolah ni xde kekosongan jawatan untuk guru kontrak/gstt ke??mcm mana prosedur utk apply jawatan guru kontrak/gstt di SABK ye??
salam…saya bekas pelajar sek ni tahun 1986-1990. masih segar dlm ingatan cikgu laili, cikgu faridah dn cikgu suhaimi yg masih setia di sammps yg dulu dikenali sek batu 40..jasa MU tetap dikenang kerana sekarang ni juga saya menjadi seorang pendidik… USJ SUBANG JAYA.
sy student tahun 2002-2003..sape yang same geng ngan sy rep la ek….
kenal aku tak????cik din..
saye rase,sekolah niey daa cukup bagus kat daerah sabak..
tapi laman webnya x semegah sekolahnya,so harap dpt perbaiki dan menceriakan lagi laman web niey…oke>>
salam… saya mencari kawan2 dari spm 1990…
slm,anak sya mendapat upsr 1a1b3c..psra lulus. 47.4.dia amat berminat bersekolah beragama..adakah anak saya layak untuk memohon..dan bagaimana cara nye.
syarat kelayakan anak puan tidak mencukupi untuk masuk belajar ke sekolah ini.
walau bagaimana pun puan boleh merayu dengan pegawai pendidikan di PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) beserta surat sokongan mana-mana pihak berwajib.
Mudah-mudahan dipertimbangkan.
TQ
salam..
kepada smua yg knl aku..luqman hakim(cik din)…0194413992…2002 mase 2 aku form 1..cikgu suhaimi trm ksh ats pngjaran…hahahah… sape yg knal contact2 la yer.. nk cri kwn2 lama blik…huhu
Saya bekas pelajar sam muhammadiah .tahun 2000.