Buku Kehadiran Aktiviti Koko 2010

12 12 2009

Buku Kehadiran Aktiviti Kokurikulum 2010

Pembelian boleh dilakukan sewaktu sesi pendaftaran pelajar pada Januari 2010.

 

Info oleh:

Unit Kokurikulum SAMMPS

Semua pelajar SAMMPS  adalah diwajibkan membeli
Buku Kehadiran Aktiviti Kokurikulum
di kedai sekolah bagi sesi persekolahan 2010
Yang berharga
RM 2.00 sahaja.




BORANG KEMASUKAN PELAJAR TING. 1 TAHUN 2010

22 11 2009
Kepada;
Semua Ibubapa/ Penjaga,
Pelayar-pelayar Internet,
  
Assalamualaikum wkt.wbt !
 
Borang Kemasukan Pelajar Ting 1 Tahun 2010
 
 
Adalah dimaklumkan semua permohonan pengambilan kemasukan pelajar ting 1 tahun 2010 hendaklah memohon sendiri borang kemasukan ke tingkatan 1 di mana-mana SAM JAIS (23 buah sekolah) Tidak ditawarkan lagi seperti biasa, sebelum ini.
 
Borang-borang tersebut bolehlah diperolehi menerusi pejabat SRA ( Sek.Ren.Agama ) KAFA @ SAR ( Sek.Agama Rakyat ) @ yang sejenis dengannya.
 
Kalau borang tersebut tiada di situ, tuan/puan bolehlah pergi ke pejabat JAIS Bahagian Pendidikan Islam, di Bangunan Sultan Idris Shah bersebelahan Masjid Negeri Selangor, Shah Alam.
 
Kalau keberatan untuk ke sana, tuan/puan bolehlah pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah masing-masing bahagian pendidikan Islam. Jumpa Nazir Pendidikan Islam lagi bagus.
 
@ tuan/puan bolehlah berhubungan dengan rakan-rakan yang ada anak mereka belajar di sekolah ini. Mungkin mereka boleh membantu.
 
Untuk makluman pihak tuan/puan sebelum ini banyak borang tawaran kemasukan pelajar ting 1 dari JAIS tidak dipulangkan segera, menyebabkan kesukaran kepada pihak pengurusan mengagihkan pelajar ke serata 23 buah sekolah. Ada yang menolak, tapi tak bagi tahu sehingga berlarutan kemasukan pelajar ting 1 hingga bulan Febuari, Mac dan April. 
Banyak masa membazir dengan pengurusan pendaftran sahaja sehingga mengabaikan P&P di kelas. 
 
Oleh itu, mereka yang berminat sahaja akan diberikan borang kemasukan ting. 1 tahun 2010. Tidak lagi ditawarkan. 
 
Tuan/puan yang berminat bolehlah mengisi borang tersebut dengan segera dan serahkan kepada  pejabat SRA ( Sek.Ren.Agama ) KAFA @ SAR ( Sek.Agama Rakyat ) @ yang sejenis dengannya untuk diproses dengan kadar segera juga.
 
Kesungguhan pihak tuan/puan dalam proses menyengolahkan anak tuan/puan ke sekolah ini sangat-sangat kami banggakan dan diucapkan dengan ucapan jutaan terima kasih.
 
 
Yang benar’
 
Admin SAMMPS







Follow

Get every new post delivered to your Inbox.