EXPLORACE BAHASA ARAB MERENTASI 3 NEGERI

8 07 2010

Para peserta Mughamarah Lughah Arabiah diberi sedikit taklimat berkenaan Unit Bahasa Arab & Latar Belakang SAM Jeram oleh wakil sekolah di dalam surau baru sekolah ini. Amboi! cantik nya surau.

Tarikh

: 2, 3 & 4 July 2010

Hari : Jumaat, Sabtu & Ahad

Tempat :

1. SAM Jeram, Selangor

2. Masjid Jamiek Meru, Klang, Selangor

3. Perhentian Rehat Tol Seremban

4. Perhentian Rehat Tol Air Keroh, Melaka

5. Sek. Men. Keb. (Agama) Tun Perak, Jasin, Melaka

6. Sekitar Kawasan Sejarah Bandar Hilir Melaka

7. Zoo Melaka

8. Pameran Buku, Kompleks PKNS, Shah Alam, Selangor

Jumlah Peserta : 70 orang pelajar Lelaki & Perempuan ( Dibahagikan kepada 7 kumpulan )

                                   11 orang guru pengiring juga sebagai fasilitator

Aktiviti :

1. Pertandingan mencari 1000 kalimah baharu dalam Bahasa Arab apa yang dilihat sepanjang tempoh perjalanan explorace ini di antara 7 kumpulan ini.

2. Pelajar wajib menggunakan sepenuhnya Bahasa Arab sepanjang program ini berlangsung sesama pelajar & fasilitaor.

3. Pelajar-pelajar bertukar-tukar fikiran & pendapat di antara pelajar SAM Jeram, Selangor & SMK Tun Perak, Jasin, Melaka dan mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat baru dalam Bahasa Arab.

4. Pelajar-pelajar SMK Tun Perak, Jasin, Melaka mengadakan persembahan:

     1. Pentomin Bahasa Arab 2 Kumpulan Lelaki & Perempuan

     2. Nasyid Islami Bahasa Arab 2 Kumpulan Lelaki & Perempuan

     3. Bacaan Syaier Arab Perempuan

     4. Slide Microsoft Power point sekitar kawasan sekolah dalam Bahasa Arab

5. Pelajar-pelajar SAM Muhammadiah membalas dengan persembahan:

     1. Nasyid Islami Bahasa Arab Perempuan

     2. Nasyid Islami  Bahasa Arab Lelaki

     3. Slide Video Windows Movie Maker sekitar program sekolah SAM Muhammadiah 2010 & explorace berlansung

6. Penutupan explorace Bahasa Arab pada 16/07/2010~Jumaat sekali lagi setiap kumpulan (7 kumpulan) akan membuat pembentangan hasil explorace mereka menggunakan microsoft power point @ windows movie maker disaksikan oleh ibubapa masing-masing dan ada hadiah menanti kepada pemenang-pemenang ini.

Bergambar kenangan bersama guru-guru SMK Tun Perak, Jasin, Melaka dan peserta Mughamarah Lughah Arabiah. Semoga peserta lebih mahir berkomunikasi B.Arab

Peserta lelaki SAM Muhammadiah bergambar kenang-kenangan bersama guru-guru SMK Tun Perak, Jasin Melaka.

Peserta Mughamarah Lughah Arabiah Perempuan tidak melepaskan peluang turut serta bergambar kenang-kenangan bersama guru-guru SMK Tun Perak, Jasin, Melaka.

Peserta Mughamarah SAM Muhammadiah digabungkan dengan peserta dari SAM Jeram dalam 7 kumpulan. Mereka bertaaruf dalam Bahasa Arab. Dilarang bercakap dalam Bahasa Melayu. Terpaksalah buka kamus...

Pengerusi majlis Lelaki & Perempuan SMK Tun Perak. Ucapan program dari tuan rumah sepenuhnya dalam Bahasa Arab. Bagus budak-budak ni. Budak terpilih dah pandai-pandai Bahasa Arab...

Tuan Pengetua turut hadir pada malam pembukaan majlis mughamarah lughah arabiah bersama pelajar SMK Tun Perak. Hebat juga persembahan budak-budak dari SMK Tun Perak. Ustaz2nya cakap budak-budak tu prepair 2 hari jer..Eh! biar betul...Macam dah prepair satu bulan...

Kumpulan Nasyid Perempuan SMK Tun Perak. Wow persembahan mantap. Pukul Tabla pun mantap...tahniah!

Kumpulan Nasyid Lelaki SMK Tun Perak. Meremang bulu roma mendengar kekuatan vokal budak-budak ni. Boleh ganti ustaz Asri dari Rabbani...?

Semua peserta Mughamarah Lughah Arabiah wajib menunaikan solat subuh berjamaah. program zikir & ma'thurat. Tiada kuliah subuh dalam Bahasa Arab. Akan datang pelajar bagi kuliah pendek dalam Bahasa Arab.

Us Zakwan Mohd Ikhsan pegang Dhob. Macamana nak cakap dalam Arab : Mengosok kepala dhob . Dhob tu semacam jer. Terpejam matanya...?

Peserta Mughamarah Lughah Arabiah diberi tugasan mencari nama-nama binatang & sifat-sifatnya. Masuk zoo pun bawa kamus arab-melayu.

Jumpa pak arab dalam Zoo Melaka. Apalagi terus budak-budak ni praktik cakap arab. Tanya bertubi-tubi. Pening pak arab ni menjawabnya. Entah betul, entah tidak...Allahu Aklam...!!!he..he..

Us.Mohd Hairi, Us.Khairel, En.Johari & guru2 SMK Tun Perak, Melaka sedang bermesyuarat rangka explorace bahasa arab sebulan lagi

Us.Mohd Hairi, Us.Khairel, En.Johari & guru2 SMK Tun Perak, Melaka & Wan Fakhrudin & Us Ahmad Zamri. 4 pihak terlibat dalam mesyuarat ini. JPS, wakil SAM Muhammadiah, JPNM dan tuan rumah SAM Tun Perak, jasin Melaka. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua guru SAM Tun Perak khususnya Ustaz Mohd Hairi dan Ustaz Ahmad Zamri yang bertungkus lumus dari awal hingga akhir program ini berlangsung. Syukran !





BENGKEL PROGRAM AKADEMIK TERBILANG SELANGOR (PATS)

26 03 2010

Tarikh : 10/03/2010

Hari : Rabu

Penceramah : En. Salam bin Said

Tempat : Bilik Gerakan, SAM Muhammadiah Pekan Sabak

Objektif : 1. Melaksanakan latihan yang berkesan kepada para guru.

                   2. Meningkatkan pengetahuan guru berkaitan PATS dan SAP-HC.

                   3. Mengaplikasi latihan yang diterima di sekolah.

                   4. Meningkatkan keupayaan dan peningkatan prestasi guru.

Sasaran : 61 orang guru SAM Muhammadiah

Guru-guru diminta aplikasi terus maklumat Head Count dengan berpandukan maklumat yang disampaikan oleh penceramah En. Salam bin Said

Pihak guru juga dibenarkan bertanya terus kepada penceramah tiap-tiap topik yang dibentangkan jikalau tak faham.

Guru-guru berbincang sesama sendiri bagaimana nak isi markah & "up" markah murid-murid yang lemah dalam satu-satu subjek. Boleh ke "up" markah 25 % menjadi 40%. Tak salah ke?

En. Salam bin Said sedang menerangkan setiap masalah yang timbul dari perisian Head Count dan keberkesanannya dalam meningkatkan kualiti pencapaian peperiksaan sekolah samada PMR, SMA, SPM & STAM. Ini kalau faham, sah sekolah ni akan menjadi no 1 terbaik Daerah Sabak Bernam. Amiiin.!

Pihak sekolah berbesar hati menyampaikan sedikit saguhati kepada En. Salam bin Said , Guru dari SMK Munshi Abdullah, Sg. Air Tawar selaku penceramah PATS. Terima kasih cikgu! Kalau tak faham, kami nak tanya lagi. Boleh?





Gambar Sekitar Aktiviti Mukhayyam Tarbawi BAK PMR 2009 hari ke 2

11 07 2009
Pengetua En Mohammad Jamil b. Sarin, Tn.Hj.Saibudin b. Ahmad dan barisan Fasilitator Mukhayyam Tarbawi BAK PMR 2009. Semoga aktiviti seperti akan mendapat barakah & membuahkan hasil yang cemerlang khususnya BAK 2009

Pengetua En Mohammad Jamil b. Sarin, Tn.Hj.Saibudin b. Ahmad dan barisan Fasilitator Mukhayyam Tarbawi BAK PMR 2009. Semoga aktiviti seperti akan mendapat barakah & membuahkan hasil yang cemerlang khususnya BAK 2009

Tn.Hj.Saibudin b.Ahmad Ketua Unit Pengurusan Pendidikan Islam,Sektor Pendidikan Islam,JPNS ketika memberikan ucapan pembukaan Mukhayyam Tarbawi BAK 2009 menitik-beratkan Assukut, Assamak dan Alkitabah dalam P&P untuk berjaya dalam PMR 2009. Amin...

Tn.Hj.Saibudin b.Ahmad Ketua Unit Pengurusan Pendidikan Islam,Sektor Pendidikan Islam,JPNS ketika memberikan ucapan pembukaan Mukhayyam Tarbawi BAK 2009 menitik-beratkan Assukut, Assamak dan Alkitabah dalam P&P untuk berjaya dalam PMR 2009. Amin...

Peserta (L) Ting 3 Mukhayyam Tarbawi Julai 2009 mendengar amanat penting dari Tn.Hj.Saibudin b.Ahmad, Ketua Unit Pengurusan Pendidikan Islam JPNS

Peserta (L) Ting 3 Mukhayyam Tarbawi Julai 2009 mendengar amanat penting dari Tn.Hj.Saibudin b.Ahmad, Ketua Unit Pengurusan Pendidikan Islam JPNS

Peserta Ting.3 (P) Mukhayyam Tarbawi Julai 2009 sedang menghadam setiap ilmu yang disampaikan oleh Tn.Hj.Saibudin b. Ahmad pada program Mukhayyam Tarbawi BAK PMR 2009. Seorang pelajar sedang membuka kamus Arab-Melayu kerana Tn.Hj Saibudin cakap arab la...

Peserta Ting.3 (P) Mukhayyam Tarbawi Julai 2009 sedang menghadam setiap ilmu yang disampaikan oleh Tn.Hj.Saibudin b. Ahmad pada program Mukhayyam Tarbawi BAK PMR 2009. Seorang pelajar sedang membuka kamus Arab-Melayu kerana Tn.Hj Saibudin cakap arab la...

Ust.Mariah Ahmad dari SMKTeluk Panglima Garang sedang menyampaikan "Teknik Menjawab Soalan" bagi kertas BAK PMR 2009 dari jam 8:30 ~ 10:30 pagi. Syukran ya Ustazah! Tahun depan 2010 nak lagi.

Ust.Mariah Ahmad dari SMKTeluk Panglima Garang sedang menyampaikan "Teknik Menjawab Soalan" bagi kertas BAK PMR 2009 dari jam 8:30 ~ 10:30 pagi. Syukran ya Ustazah! Tahun depan 2010 nak lagi.

Banner Mukhayyam Tarbawi BAK PMR 2009 dihasilkan oleh budak-budak PMR 2009. Wah sungguh kritif & berbakat. Mudah-mudahan jawab BAK pun nanti lebih semangat & lebih kritif dari banner ni..

Banner Mukhayyam Tarbawi BAK PMR 2009 dihasilkan oleh budak-budak PMR 2009. Wah sungguh kritif & berbakat. Mudah-mudahan jawab BAK pun nanti lebih semangat & lebih kritif dari banner ni..





LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KALI KE-2, 2009

14 03 2009

Satu kursus LDP ( Latihan Dalam Perkhidmatan ) telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan 14/03/2009  bertempat di Bilik  Mesyuarat Sekolah bermula dari jam  8:00 am hingga 1:00 tengahari.

Kursus disampaikan oleh Pn. Khodijah bti Dardi PK1, Pn. Bibi Melor & Pn. Fadzilah binti Saat ( Unit Peperiksaan Dalaman) berkenaan SAP ( Sistem Analisis Peperiksaan ) Headcount kepada semua guru SAMMPS.

Diharap dengan penyertaan kursus ini dapat meningkatkan lagi kefahaman para guru menggunakan sistem tersebut demi meningkatkan pencapaian rekod murid dalam ujian & peperiksaan sepanjang tahun 2009.





SURAT RASMI JPS KEBENARAN MENGUTIP YURAN SEKOLAH

10 01 2009
Sila ambil perhatian surat rasmi JPS ini

Sila ambil perhatian surat rasmi JPS ini





SURAT RASMI JPS KEBENARAN MENGUTIP YURAN SEKOLAH

10 01 2009
Sila ambil perhatian surat rasmi JPS ini

Sila ambil perhatian surat rasmi JPS ini








Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 834 other followers