KEJOHANAN PING-PONG MSSS 2009

23 02 2009

Kejohanan acara Ping-pong MSSS dijalankan di UiTM, Shah Alam pada 17 ~20/02/2009 bersamaan hari Selasa hingga hari Jumaat.

SAM.Muhammadiah telah menghantar 4 orang peserta mewakili Daerah Sabak Bernam, Selangor ( 3 orang pelajar Lelaki 1 orang pelajar perempuan ). Jumlah peserta dari Daerah Sabak Bernam ialah 18 orang pelajar sahaja.

Pencapaian dari kejohanan tersebut Daerah Sabak Bernam telah berjaya mengondol 1 pingat emas dari kategori beregu perempuan terbuka bukan Cina. 1 pingat perak dan 4 pingat gangsa.

Manakala pencapaian SAM.Muhammadiah Pekan Sabak telah berjaya mengungguli 1 pingat emas dari kategori beregu perempuan terbuka bukan Cina: Nor Atikah binti Nordin. 2 pingat gangsa iaitu 1 pingat datang dari kategori terbuka Lelaki Bukan Cina & 1 pingat lagi datang dari kategori beregu berpasukan Lelaki bawah 18 tahun : Mohd Ilham & Syamil Habib.

Pihak sekolah mengucapkan syabas serta berjuta-juta tahniah di atas pencapaian yang membanggakan ini kepada wakil sekolah peserta ping-pong serta guru-guru yang terlibat secara langsung & tidak langsung dan jurulatih pasukan ping-pong yang  bertungkus-lumus mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri. Semoga jasa anda mendapat ganjaran pahala yang banyak dari Allah.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: