KURSUS PENGURUSAN KELAB & PERSATUAN 2009

28 03 2009
Buat  julung kali pertamanya, pada hari ini 28/03/2009 bersamaan hari Sabtu, Unit Koko SAMMPS sedang mengadakan “Kursus Pengurusan Kelab & Persatuan” bertempat di Dewan Besar SAMMPS.

Kursus ini hanya dibuka kepada Exco-exco dan AJK sahaja yang memegang sebarang jawatan di dalam persatuan & kelab masing-masing di sekolah ini.

Objektif  kursus ini diadakan untuk melahirkan pemimpin yang mahir di dalam mengendalikan perjalanan dan pengurusan kelab & persatuan mengikut garis panduan & prosedur yang telah ditetapkan oleh PPD serta Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jumlah peserta kursus ini adalah seramai 250 orang sahaja. Meliputi pelajar Tingkatan 1 hingga 5.  

Kursus ini bermula pada jam 8:00 pagi dan berakhir pada jam 2:30 petang.

Kursus pengurusan kelab dan persatuan disampaikan oleh us Ghadzali Ismail. Para pelajar dibekalkan sebual fail yang mengandungi buku panduan pengurusan kelab & persatuan dan alat tulis percuma. Wah! baiknya Unit Koko ni. Makan & minum pagi & tengahari juga disediakan.

Kursus pengurusan kelab dan persatuan disampaikan oleh us Ghadzali Ismail. Para pelajar dibekalkan sebual fail yang mengandungi buku panduan pengurusan kelab & persatuan serta alat tulis percuma. Wah! baiknya Unit Koko ni. Makan & minum pagi & tengahari juga disediakan.

 Peserta (L) Kursus Pengurusan & Kelab sedang khusyuk mendengar penerangan mengenai Pengurusan Kelab & Persatuan dari Us. Ghadzali Ismail. Wah! Hebatnya ustaz ni!

 

 
Peserta (P) Kursus Pengurusan Kelab Persatuan terpegun mendengar taklimat pengurusan kelab & persatuan disampaikan oleh Us Ghadzali Ismail. Sememangnya golongan ustaz serba boleh. Thank's you !

Peserta (P) Kursus Pengurusan Kelab Persatuan terpegun mendengar taklimat pengurusan kelab & persatuan disampaikan oleh Us Ghadzali Ismail. Sememangnya golongan ustaz serba boleh. Thank's you !





FOTO SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-14

22 03 2009
Sidang hadirat mesyuarat PIBG SAMMPS ke-14 sedang khusyuk mendengar ucapan Tuan Pengerusi YDP PIBG

Sidang hadirat mesyuarat PIBG SAMMPS ke-14 sedang khusyuk mendengar ucapan Tuan Pengerusi YDP PIBG

Sidang hadirin mesyuarat PIBG SAMMPS ke-14 sedang khusyuk mendengar ucapan Tn. Penasihat Pengetua SAMMPS En. Mohammad Jamil b. Sarin

Sidang hadirin mesyuarat PIBG SAMMPS ke-14 sedang khusyuk mendengar ucapan Tn. Penasihat Pengetua SAMMPS En. Mohammad Jamil b. Sarin

Pn.Hasnah Sulaiman meminta kepada PIBG supaya diadakan program motivasi @ dipertingkatkan lagi program tersebut serta membahaskan pemakaian jubah Lelaki & Perempuan di asrama

Pn.Hasnah Sulaiman meminta kepada PIBG supaya diadakan program motivasi @ dipertingkatkan lagi program tersebut serta membahaskan pemakaian jubah Lelaki & Perempuan di asrama

En.Ahmad Fawzi b Hassan salah seorang audian membahaskan (........) kepada barisan kepimpinan PIBG.

En.Ahmad Fawzi b Hassan salah seorang audian membahaskan (........) kepada barisan kepimpinan PIBG.

Meja Pendaftaran mesyuarat agung PIBG ke-14. Petugas-petugas sedang menunggu ahli-ahli mesyuarat PIBG. Jangan lupa no cabutan bertuah. Tahniah kepada mereka yang dapat hamper dan hadiah istimewa (misteri).

Meja Pendaftaran mesyuarat agung PIBG ke-14. Petugas-petugas sedang menunggu ahli-ahli mesyuarat PIBG. Jangan lupa no cabutan bertuah. Tahniah kepada mereka yang dapat hamper dan hadiah istimewa (misteri).

Meja agihan makanan mesyuarat agung PIBG ke-14. Tak cukup satu boleh dua. Tak cukup 2 boleh ambil 3. Makanan disupport oleh Uyin Enterprise(Apai)

Meja agihan makanan mesyuarat agung PIBG ke-14. Tak cukup satu boleh ambil dua. Tak cukup 2 boleh ambil 3. Makanan disupport oleh Uyin Enterprise(Apai)

 

Barisan exco kepimpinan PIBG SAMMPS 2008-2010 siap sedia menjawap segala permasalahan serta aduan anda (audian).Tahniah ahli sidang sebulat suara mengekalkan exco2 ke tahun hadapan (2010)

Barisan exco kepimpinan PIBG SAMMPS 2008-2010 siap sedia menjawap segala permasalahan serta aduan anda (audian).Tahniah ahli sidang mesyuarat sebulat suara mengekalkan exco2 ke tahun hadapan (2010). Tiada yang tersingkir.

Tn.Hj.Dawam b. Dollah YDP PIBG SAMMPS 2008-2010 sedang menyampaikan ucapan pembukaan @ alu-aluan mesyurat agung PIBG ke-14. Selamat Bermesyuarat! Semoga anda (audian)berpuas hati.

Tn.Hj.Dawam b. Dollah YDP PIBG SAMMPS 2008-2010 sedang menyampaikan ucapan pembukaan & alu-aluan mesyurat agung PIBG ke-14. Selamat Bermesyuarat! Semoga anda (audian) berpuas hati.





MESYUARAT AGUNG PIBG 2009

19 03 2009

Tarikh     : 22 / 03 / 2009

Hari         : Ahad  

Tempat : Dewan Besar Kompleks Sek. Agama Muhammadiah Pekan Sabak,

                    45200 Sabak Bernam, Selangor.

Masa      : Seperti di bawah (agenda mesyuarat agung PIBG ) Sila hadir awal untuk memudahkan urusan.

 

Agenda Mesyuarat Agung PIBG

(a)   Ucapan aluan setiausaha PIBG                                             2.30 Ptg                      

(b)   Ucapan Penasihat PIBG                                                            2.35 Ptg

(c)    ucapan Pengerusi@YDP PIBG                                                 2.45 Ptg

(d)   membentang dan menerima Laporan Tahunan;                 3.00 Ptg

(e)   membentang, menerima dan meluluskan Penyata             3.05 Ptg

Kewangan berakhir 31 Disember tahun 2008;

(f)     membahaskan usul/cadangan;                                               3.30 Ptg          

(g)   pemilihan Jawatankuasa PIBG Juru Audit Dalaman       4.00 Ptg

bagi tahun 2009;                 

(h)   ucapan penangguhan;                                                                4.15 Ptg

(i)     lain-lain hal.                                                                              4.25 Ptg

 

 

 

 

Laporan Aktiviti PIBG

 Di bawah ini adalah Senarai Aktiviti PIBG yang akan dijalankan sepanjang tahun 2009:

1.Bantuan kepada unit  sukan /persatuan/kelab/unit beruniform

2.Mesyuarat AJK PIBG

3.Mesyuarat tahunan PIBG.

Kerjasama dengan PK 1 dan unit Kurikulum

1.       Kelas tambahan/tuisyen pada waktu petang dan malam

bagi pelajar Ting.3,Ting.4 dan ting. 5

2.       Kelas intensif (Pelajar Ti ng.1)

3.       Kelas Pengayaan(Pelajar Ting.2)

4.       Seminar Teknik Menjawab peperiksaan PMR, SMA dan SPM

5.       Kelas tambahan dan motivasi untuk pelajar GALUS

6.       Program SMART(Cuti sekolah)

7.       Hari kecemerlangan pelajar

Kerjasama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling

1.       Program Suai kenal pelajar tingkatan 1.

2.       Motivasi dan kemarian belajar untuk pelajar tingkatan 1

3.       Motivasi dan persediaan awal peperiksaan – Pelajar Ting.3

4.       Motivasi dan persediaan awal peperiksaan – Pelajar Ting.4 & 5

5.       Hala Tuju  Selepas SPM-Pelajar Ting. 5

6.       Kursus kepimpinan pelajar(pengawas, AJK asrama,ketua tingkatan

& AJK persatuan /kelab, AJK pusat sumber).

7.       Perkhemahan motivasi(SMART)-Tingkatan 3,4 dan 5

8.       Pecutan Akhir peperiksaan-Tingkatan 3, 4 dan 5

9.       Program  selepas peperiksaan

 

Kerjasama dengan Kelab Guru dan kakitangan(KGK)

Sambutan Hari Guru & Hari Pekerja

Kerjasama dengan Persatuan Sejarah

Aktiviti Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Kemerdekaan

Kerjasama Dengan Unit Keceriaan ,Kelab Seni Kreatif.

1.       Program Gotong Royong

2.       Projek keceriaan sekolah

Kerjasama dengan Pusat Sumber Sekolah dan Kelab Pusat Sumber

1.       Program NILAM

2.       Kempen Bulan Membaca

3.       Minggu Pusat Sumber

4.       Buletin Mingguan dan Sudut Pameran di Pusat Sumber dan Papan Kenyataan

Kerjasama dengan BADAR dan Badan Dakwah Asrama

1.       Qiamullail

2.       Sambutan Maal Hijrah

3.       Sambutan Maulidur Rasul

4.       Kelas Tahfizul Quran

5.       Kelas Tahsinul Quran

6.       Kelas Tarannum

7.       Kelas khat

8.       Program Tadarus Al Quran dan majlis khatam al Quran(sepanjang Ramadhan)

9.       Majlis solat hajat dan bacaan yassin.

Kerjasama dengan unit disiplin

1.       Kempen datang awal ke sekolah

2.       Kempen disiplin dan kebersihan diri

3.       Kempen sifar ponteng

Kerjasama dengan unit kesihatan

1.Ceramah kesihatan

2.Ceramah anti dadah dan minggu anti dadah

3.kempen hidup sihat.    

 

LAPORAN KEWANGAN PIBG

Tidak dapat disediakan di sini ~ sila dapatkan sewaktu pendaftaran kehadiran mesyuarat agong nanti. harap maaf !

 

PERLEMBAGAAN PIBG

 

 Tujuan-tujuan Persatuan

 

1.        Tujuan-tujuan Persatuan ialah ;

(a)      untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid–murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah;

(b)     untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid–murid dalam kegiatan mereka;

(c)      untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar- tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;

(d)     untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak–anak mereka pada amnya; dan

(e)      untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

 

Fungsi Persatuan

2.        Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan – tujuan persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti;

(a)      membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;

(b)     menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah;

(c)      meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat;

(d)     meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.

 

Keanggotaan Persatuan

3.        Anggota Persatuan terdiri daripada:

(a)      semua guru di Sekolah;

(b)     ibu bapa kepada murid yang belajar dalam Sekolah ; dan

(c)      warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota Persatuan oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian atau Pendaftar, mengikut mana yang yang berkenaan (seperti di Lampiran A); dan

4.        Guru Besar atau Pengetua Sekolah hendaklah menjadi anggota ex officio dan Penasihat Persatuan.

 

Jawatankuasa Persatuan

5.        Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai “Jawatankuasa PIBG”. Jawatankuasa PIBG hendaklah dilantik oleh anggota Persatuan pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan.

6.        Anggota Jawatankuasa PIBG hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja.

7.        Keanggotaan Jawatankuasa PIBG adalah seperti berikut:

(a)      seorang Yang Di-Pertua;

(b)     seorang Naib Yang Di-Pertua;

(c)      seorang Setiausaha;

(d)     seorang Bendahari; dan

(e)          11 (Sebelas)   orang Ahli Jawatankuasa.

 

8.        Bilangan ibu bapa dan guru yang menganggotai Jawatankuasa PIBG hendaklah, seboleh-bolehnya, seimbang.

9.        Guru Besar atau Pengetua tidak boleh menganggotai Jawatankuasa PIBG dan hanya bertindak sebagai Penasihat Persatuan.

10.     Bilangan Ahli Jawatankuasa PIBG di perenggan 9(e) hendaklah antara 1 hingga 11 orang.

11.     Bilangan anggota Jawatankuasa PIBG di kalangan anggota Persatuan (bukan anggota guru di sekolah tersebut) yang tidak mempunyai anak di sekolah itu hendaklah tidak melebihi 1/5 daripada keseluruhan bilangan anggota Jawatankuasa PIBG berkenaan.

12.     Tertakluk kepada perenggan 13 Perlembagan ini dan subperaturan 6(4) hingga (6) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pesatuan Ibu Bapa – Guru) 1998, Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian (mengikut mana yang berkenaan) boleh melantik tidak lebih daripada 2 orang yang bukan anggota Persatuan untuk menjadi anggota Jawatankuasa PIBG setelah mendapat kelulusan bertulis Pendaftar.

13.     Tempoh memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG adalah bermula dari tarikh pelantikan sehingga tarikh Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikutnya atau sehingga suatu tempoh yang diluluskan oleh pendaftar.

14.     Jika berlaku kekosongan jawatn dalam Jawatankuasa PIBG, Yang Di Petua hendaklah melantik mana-mana anggota biasa Persatuan, berdasarkan undian terbanyak di kalangan anggota Jawatankuasa PIBG, untuk mengisi kekosongan jawatan itu.

15.     Jawatnkuasa PIBG hendaklah mengedarkan kepada anggota Persatuan senarai nama dan alamat pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG pada setiap tahun selewat-lewatnya 14 hari selepas tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.

 

Fungsi Jawatankuasa PIBG

16.     Fungsi Jawatankuasa PIBG ialah mengelola dan mengatur kegiatan Pesatauan dan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan Persatuan, tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan, Perlembagaan ini dan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.

(a)        Yang Di-Pertua

(i)       Menjadi  Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat.

(ii)     Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit -minit mesyuarat apabila telah diluluskan.

(iii)    Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran Persatuan serta memastikan bahawa peruntukan Perlembagaan dipatuhi oleh semua anggota Persatuan.

(iv)    Sentiasa mematuhi segala peruntukan Perlembagaan dalam menjalankan tugas sebagai Yang Di-Pertua.

(v)     Boleh memanggil mesyuarat Jawatakuasa PIBG pada  bila-bila masa yang difikirkan perlu dengan persetujuan Guru Besar atau Pengetua.

(vi)    Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan.

(vii)  Memastikan segala aktiviti dan program Persatuan dilaksanakan dengan sempurna dan teratur.

(viii) Mendapatkan nasihat mengenai pengurusan Persatuan dari semasa ke semasa daripada Guru Besar atau Pengetua selaku Penasihat Persatuan.

(b)     Naib Yang Di-Pertua

(i)       Bertanggungjawab membantu Yang Di-Pertua dalam menjalankan fungsi-fungsi Yang Di-Pertua.

(ii)     Menjalankan tanggungjawab dan fungsi Yang Di-Pertua semasa ketiadaan Yang Di-Pertua.

(c)      Setiausaha

(i)       Menjalankan urusan Persatuan mengikut Perlembagaan Persatuan.

(ii)     Melaksanakan keputusan-keputusan Mesyuarat Agung Tahunan dan mesyuarat Jawatankuasa PIBG.

(iii)    Mencatat, menyedia dan menyimpan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan.

(iv)    Menyediakan Laporan-laporan untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya.

(v)     Menghantar segala laporan dan aktiviti  Persatua dan minit Mesyuarat Agung Tahunan kepada Pendaftar atau Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang yang berkenaan, selepas Mesyuarat Agung Tahunan.

(vi)    Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan, jika perlu.

(d)     Bendahari

(i)       Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan Persatuan dengan menyediakan dan menyimpan kira- kira kewangan yang kemas kini.  Penyata kira-kira kewangan    (1 Januari hingga 31 Disember) hendaklah disiapkan sebelum   1 Februari tahun berikutnya untuk diaudit. Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan. Satu salinan penyata yang telah diaudit dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar selepas Mesyuarat berkenaan.

(ii)     Menguruskan perbelanjaan wang Persatuan seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan atau mesyuarat Jawatankuasa PIBG.

(iii)    Menyimpan wang tunai tidak melebihi sesuatu jumlah yang ditetapkan dalam Perlembagaan pada sesuatu masa.

(iv)    Menerima bagi pihak Persatuan semua derma atau sumbangan daripada mana-mana anggota atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akaun terima dan kreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari yang sama.

(v)     Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan.

(vi)    Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang dari akaun Persatuan dan akaun sentiasa berbaki kredit.

 

Lain-lain Jawatan

17.     Penasihat Persatuan

 (a)      Guru Besar atau Pengetua Sekolah adalah anggota ex-officio Persatuan dan bertindak sebagai penasihat kepada Jawatankuasa PIBG dan Persatuan. Antara tanggungjawab dan fungsi Guru Besar atau Pengetua adalah seperti berikut ;

(i)       menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PIBG, Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Tergempar, tetapi tidak boleh mengundi;

(ii)     mewakili pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengawal dan menasihati Persatuan supaya segala aktiviti, kegiatan dan keputusan yang di buat dalam mesyuarat-mesyuarat Persatuan tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan, dasar-dasar  negara dan dasar-dasar mengenai pelajaran dan pendidikan serta hal-hal berkaitan dengan pentadbiran sekolah;

(iii)    berhak untuk menghenti dan menangguhkan mesyuarat Persatuan jika difikirkan wajar untuk kepentingan anggota Persatuan;

(iv)    meluluskan semua agenda mesyuarat dan perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Persatuan;

(v)     memberi penjelasan kepada sesuatu isu mengenai pengurusan dan perjalanan Sekolah dan akademik serta isu-isu yang berkaitan dengannya dalam mesyuarat persatuan;

(vi)    memastikan kegiatan persatuan selaras dengan tujuan dan fungsi Persatuan;

(vii)  memastikan sumbangan Persatuan yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan tidak membebankan dan tidak mengandungi sebarang unsur paksaaan;   dan

(viii) menentukan tetamu kehormat dan para jemputan yang menghadiri sebarang majlis anjuran Persatuan dilayan mengikut peraturan dan protokol yang ditetapkan oleh Kementerian.

 

(b)     Juru Audit Dalaman

(i)       Persatuan hendaklah melantik 2 orang juru audit dalaman dari kalangan anggota Persatuan yang tidak menjadi anggota Jawatankuasa PIBG pada mesyuarat Agung Tahunan.

(ii)     Tanggungjawab juru audit dalaman adalah seperti berikut:

(aa)   mengaudit akaun Persatuan pada setiap akhir tahun kewangan; dan

(ab)  menjalankan pengauditan secara berkala seperti mana yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

Tempat bermesyuarat (jika berlainan dari alamat berdaftar)

18.     Mesyuarat Persatuan dan Mesyuarat Agung Tahunan diadakan di  

                        

Kuorum

19.     Kuorum mesyuarat yang diadakan oleh Persatuan adalah seperti berikut:

(a)      Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tidak kurang daripada 3 kali jumlah bilangan anggota Jawatankuasa PIBG; dan

(b)     mesyuarat Jawatankuasa PIBG – hendaklah tidak kurang 2/3 daripada jumlah bilangan anggota Jawatankuasa PIBG.

 

Mesyuarat Agung Tahunan

20.     Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada setiap tahun sebelum akhir bulam Mac.

21.     Jika Mesyuarat Agung Tahunan tidak diadakan sebelum akhir bulan Mac, Jawatan kuasa PIBG hendaklah mengemukakan alasan dan tarikh yang dicadangkan kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, sebelum 31 Mac.

22.     Notis tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan hendaklah diberikan kepada anggota Persatuan selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat.

23.     Sekiranya kuorum untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan tidak mencukupi dalam  tempoh  1 jam  dari  masa yang ditetapkan,   Mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan Jawatankuasa PIBG hendaklah mengeluarkan notis bertulis kepada anggota Persatuan memaklumkan tarikh baru Mesyuarat Agung Tahunan dalam masa 30 hari dari tarikh asal tersebut.

24.     Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mengandungi perkara – perkara berikut;

(a)      ucapan Pengerusi;

(b)     membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu;

(c)      membentang dan menerima Laporan Tahunan;

(d)     membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir               31 Disember tahun sebelumnya;

(e)      membahaskan usul, jika ada;

(f)      pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi tahun berkenaan;

(g)      pemilihan Juru Audit Dalaman;

(h)     ucapan penangguhan; dan

(i)       lain-lain hal.

25.     Apa-apa usul bertulis hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa PIBG selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. Jawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk menapis usul – usul yang dikemukakan sebelum diluluskan untuk perbincangan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

26.     Mesyuarat Agung Tahunan bertanggungjawab memilih pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG serta menimbang lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan Persatuan. Pemilihan pemegang jawatan hendaklah dibuat seperti berikut:

(a)      anggota yang dicalonkan untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG hendaklah hadir dalam Mesyuarat;

(b)     setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong; dan

(c)      pemilihan hendaklah dijalankan secara undian bagi jawatan yang ditandingi. Calon yang mendapat undi terbanyak dipilih menjawat jawatan yang dipertandingkan.

 

Mesyuarat Agung Tergempar

27.     Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan dalam keadaan-keadaan berikut:

(a)      apabila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa  PIBG;

(b)     atas permintaan bertulis sekurang-kurangnya 1/5 daripada jumlah anggota Persatuan; atau

(c)      atas arahan Pendaftar.

28.     Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh keputusan Jawatankuasa PIBG atau tarikh penerimaan permintaan anggota Persatuan atau tarikh arahan Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan. Notis bertulis mengenai Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dikemukakan kepada anggota Persatuan selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh Mesyuarat hendak diadakan.

29.     Urusan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihadkan kepada tujuan Mesyuarat itu diadakan.

 

Laporan mesyuarat

30.     Laproan Mesyuarat Agung Tahunan bersama-sama Penyata Kira-kira Kewangan Persatuan hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah atau Pegawai Pejabat Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, dalam tempoh 30 hari selepas tarikh Mesyuarat.

31.     Laproan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pejabat Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, dalam tempoh 30 hari selepas tarikh Mesyuarat.

 

Mesyuarat Jawatankuasa PIBG

 

32.     Jawatankuasa PIBG hendaklah bermesyuarat sekurang- kurangnya 3 kali dalam tempoh satu tahun persekolahan.

33.     Notis panggilan mesyuarat hendaklah diberikan kepada anggota Jawatankuasa PIBG selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat.

34.     Yang Di-Pertua, atau sekurang-kurangnya 3 orang anggota Jawatankuasa PIBG, boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa PIBG apabila difikirkan perlu dengan persetujuan Penasihat.

35.     Setiap anggota Jawatankuasa PIBG yang tidak hadir mesyuarat sebanyak 2 kali tanpa sebab hendaklah digugurkan keanggotaan dalam jawatankuasa PIBG secara automatik dan Yang Di-Pertua hendaklah mengemukakan notis bertulis kepada anggota berkenaan sebaik sahaja keputusan itu dibuat.

P    

Punca-Punca Pendapatan Persatuan

36.     Punca-punca pendapatan Persatuan adalah terdiri daripada;

(a)      sumbangan anggota Persatuan (anggota Persatuan tidak boleh dipaksa memberi apa-apa sumbangan);

(b)     derma dan sumbangan daripada individu, organisasi dan badan-badan lain; dan

(c)      pendapatan yang diperolehi daripada aktiviti dan program anjuran Persatuan yang telah mendapat kelulusan Pendaftar.

37.     Jawatankuasa hendaklah membuka satu akaun di mana-mana bank tempatan yang berdaftar atas nama Persatuan.

38.     Apa-apa wang yang diterima atau diperolehi oleh Persatuan hendaklah dikreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari wang diterima atau diperolehi. Walau apa pun peruntukan ini, Bendahari boleh menyimpan wang tunai yang tidak melebihi                RM                  (Ringgit Malaysia:                              sahaja)    pada satu-satu masa.

 

 

 

Pe   Perbelanjaan Wang Persatuan

39.     Jawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk membelanjakan wang Persatuan bagi perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada murid-murid Sekolah yang tidak bercanggah dengan tujuan-tujuan Persatuan.

40.     Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun Persatuan hendaklah ditandatangan oleh Bendahari dan Yang Di-Pertua atau Setiausaha, semasa ketiadaan Yang Di-Pertua.

41.     Bendahari dan Yang Di-Pertua hendaklah memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang dan akaun Persatuan sentiasa berbaki kredit.

42.     Tahun kewangan Persatuan bermula pada 1 Januari hingga 31 Disember tahun semasa.

 

Pe   Penyimpanan akaun pendapatan dan perbelanjaan

43.     Penyata Kira-kira Kewangan Persatuan yang telah diaudit hendaklah dibentangkan untuk diterima dan diluluskan oleh anggota Persatuan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

44.     Satu salinan Penyata Kira-kira Kewangan yang telah diaudit serta diterima dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian mengikut mana – mana yang berkenaan.

45.     Pendaftar, Pegawai Pendidikan Daerah, Pegawai Pendidikan Bahagian, Pengetua atau Guru Besar adalah dibenarkan memeriksa akaun Persatuan pada bila-bila masa.

Harta   amanah Persatuan

46.     Persatuan tidak boleh memegang apa-apa harta, sama ada harta alih atau harta tak alih, atas namanya sendiri. Apa-apa harta yang, sebelum dari tarikh Perlembagaan ini berkuat kuasa, diletakkan atas nama Persatuan hendaklah dialihkan kepada Kerajaan Malaysia, yang diwakili oleh Sekolah, sebagai harta yang diamanahkan oleh Persatuan untuk digunakan bagi faedah murid-murid Sekolah itu sahaja atau sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa PIBG dari masa ke semasa.

47.     Apa-apa harta yang diamanahkan kepada Sekolah tidak boleh dipindah milik atau dilupuskan dengan apa cara sekali pun, melainkan dengan persetujuan anggota Persatuan yang diperolehi dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

 

Pi    Pindaan Perlembagaan Persatuan

48.     Apa-apa cadangan untuk meminda Perlembagaan Persatuan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, untuk kelulusan terlebih dahulu.

49.     Cadangan pindaan yang hendak dikemukakan kepada Pendaftar hendaklah dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan dipersetujui oleh  sekurang-kurangnya 2/3 daripada anggota Persatuan yang hadir.

50.     Pindaan kepada Perlembagaan hanya berkuat kuasa mulai daripada pindaan diluluskan oleh Pendaftar.

51.     Pendaftar berhak meluluskan atau tidak sebarang pindaan yang dicadangkan oleh Persatuan.

 

L       Larangan

52.     Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasanya untuk merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan sekolah, guru, kakitangan dan pekerja Sekolah dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan Sekolah.

53.     Persatuan bukanlah suatu entiti undang-undang dan tidak mempunyai keupayaan juridikal untuk membuat kontrak, perjanjian atau memorandum persefahaman, atas namanya sendiri. Apa-apa program dan aktiviti yang hendak dibuat oeh Persatuan yang memerlukan apa-apa suratcara yang mengikat dari segi undang-undang hendaklah dirujuk kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, untuk kelulusan dan panduan.

54.     Persatuan tidak boleh menjadi forum atau jentera bagi menyelesaikan sebarang pertikaian antara Persatuan dengan Guru Besar atau Pengetua, Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.

55.     Persatuan tidak boleh bergabung dengan persatuan ibu bapa-guru di sekolah-sekolah lain, parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan atau lain-lain organisasi, pertubuhan atau persatuan, sama ada yang ditubuhkan atau berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau tidak.

T     Tafsiran

56.     Sebarang kekeliruan atau pertikaian yang timbul daripada Perlembagaan ini hendaklah dirujuk kepada Pendaftar melalui Guru Besar atau Pengetua.

 

P    Pembubaran

57.     Persatuan hanya boleh dibubarkan dalam keadaan berikut :

(a)      atas arahan bertulis daripada Pendaftar: atau

(b)     Sekolah berhenti beroperasi

58.     Apa-apa wang dalam akauan Persatuan hendaklah digunakan sebagaimana yang ditetapkan oleh Pendaftar dan kegunaanya hendaklah bagi memanfaatkan pendidikan kanak-kanak di kawasan di mana Sekolah itu berada. Apa-apa harta alih dan tak alih yang telah diamanahkan kepada Sekolah hendaklah dilupuskan mengikut cara yang ditetapkan oleh Pendaftar.

59.     Guru Besar atau Pengetua hendaklah memulangkan Sijil Pendaftran Persatuan kepada Pendaftaran apabila Persatuan dibubarkan.

 

Senarai AJK PIBG 2008/2009

Penasihat:

En. Mohamad Jamil B. Sarin

Yang Di Pertua

Tn Hj. Mohd Dawam Bin Dollah

Naib Yang Di Pertua.

En. Ahmad Zamri Bin Shamsuddin

Setiausaha

Saiful Mazuira Bin Othman.

Bendahari.

Pn. Nik Noor Fajaridayu Bt. Nik Sinluddin

Ahli Jawatankuasa.

1.       En Mohamed Nor Hassan Sazali Bin Haji Salleh

2.       En Faisol Bin Sabikon

3.       En Razali Bin Mispan

4.       En. Shamsuddin Bin Mahaiyuddi n

5.       Pn Siti Rahmah Binti Tahiran

AJK Guru

1.       Pn Khodijah Bt. Dardi

2.       Ustadz Khairun Nidzam

3.       Ustadz Ghadzali Bin Ismail

4.       Pn Nor Khafidzoh Bt. Mat Nor

5.       Ustadz Gos Hafiz@Mukti Bin Supeni

Juru Audit

1.       Pn. Ainon Zakiah Bt. Abd Malek

2.       Pn Siti Hajar  Bt. Ibrahim

 

 

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE-13

SAM MUHAMMADIAH PEKAN SABAK

45200 SABAK BERNAM SELANGOR

 

Hari: Sabtu

Tarikh: 26 April 2008 bersamaan 3 Jamadilawal 1429H

Masa: 11.35 pagi

Bil Kehadiran: 393 orang penjaga dan guru

 

AGENDA:

 

  1. Ucapan Yang Dipertua PIBG

        Mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa / penjaga yang sudi menunggu sehingga tamat mesyuarat agung pada kali ini.

        Menegaskan mesyuarat kali ini adalah untuk memilih ahli jawatankuasa Pibg bagi sesi 2008/2010.

        Ucapan YDP lebih lanjut boleh dilihat pada muka surat 3 di dalam buku PIBG.

 

  1. Ucapan Penasihat PIBG

        Ucapan Tuan Penasihat ditangguhkan kerana beliau sedang mengiringi tetamu kehormat.

 

  1. Perlantikan Pengerusi Mesyuarat

        YDP diminta melantik seorang dari kalangan hadirin untuk mempengerusikan mesyuarat ini.

        En. Ahmad Zamri bin Shamsuddin mencadangkan YDP PIBG terus mengendalikan mesyuarat ini. Cadangan ini disokong sebulat suara.

 

  1. Membentangkan dan Menerima Minit Mesyuarat PIBG ke-12

     Dibentangkan oleh Setiausaha dan disahkan.

     Pencadang: En. Mohd Zaid bin Ibrahim

     Penyokong: En. Abdul Ghafur bin Ahmad

 

  1. Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2004/2006

        Laporan aktiviti terdapat pada muka surat 11 – 12 dan dibentangkan oleh Setiausaha.

        YDP memaklumkan bahawa ini sahajalah aktiviti yang mampu dibuat oleh AJK PIBG Sesi kali ini dan berharap AJK yang baru dapat membuat lebih banyak aktiviti lagi.

 

  1. Menerima Laporan Bendahari dan Penyata Kewangan Tahun 2007

        Dibentangkan oleh Setiausaha kerana Bendahari (Pn. Siti Kamisah binti Mohamad) cuti bersalin.

        Penyata Kewangan disahkan dengan pindaan.

          Pencadang: En. Mohd Isa bin Mohd Ngabidin

          Penyokong: En. Mohd Zaki bin Abdullah

 

        En. Mohd Isa meminta penjelasan berkenaan faedah bank yang ditulis pada wang masuk dan mencadangkan supaya akaun PIBG dibuka di Bank Islam.

        Persoalan ini dijawab oleh Setiausaha PIBG yang lama iaitu Cik Nor Azah binti Hamdi bahawa akauan PIBG tidak dibuka di Bank Islam kerana di Sabak Bernam tidak ada Bank Islam.

        En. Mohd Riduan bertanyakan baki duit kelas tambahan yang berjumlah RM12,344.50.

        Setiausaha menjelaskan bahawa baki duit tersebut digunakan untuk membeli sebuah komputer untuk bilik guru lelaki, 2 buah laptop dan 2 buah LCD untuk UBK dan 5 set kerusi rehat pelajar.

 

  1. Membahaskan Usul / Usul Tergempar

        En. Ahmad Razali bin Mispan mencadangkan diasingkan mesyuarat PIBG dengan Hari Kecemerlangan Pelajar.

Tindakan: YDP PIBG

 

        Oleh kerana masalah kekeliruan berhubung minit mesyuarat agung dengan minit mesyuarat tahunan maka Tn. Hj. Hamdan bin Rahmat mencadangkan mesyuarat agung dibuat setiap tahun manakala pemilihan hanya dibuat 2 tahun sekali.

Tindakan: AJK PIBG

 

        Tn. Pengetua meminta agar Perlembagaan PIBG diperhalusi sebelum sebarang tindakan dibuat. Beliau juga diminta disertakan Perlembagaan PIBG pada setiap kali mesyuarat agung dijalankan.

Tindakan: Setiausaha PIBG

 

        En. Mohd Fadhil bin Bahruddin bertanyakan masalah air yang menimpa pelajar asrama.

        Isu ini dijelaskan oleh Tn. Pengetua bahawa pihak sekolah telah membina 2 buah kolah untuk asrama puteri dan telah berjumpa dengan pihak SYABAS supaya ditukar meter air yang lebih besar dan akan membeli mesin ‘compresser’ untuk meningkatkan tekanan air.

 

        En. Mohd Isa mencadangkan pihak surau membuat takungan air hujan.

Tindakan: AJK PIBG

 

        En. Mohd Fadhil mencadangkan semua usul yang terdapat pada muka surat 18 – 21 diterima. Pihak ibu bapa hendaklah dimaklumkan dari masa ke semasa perkembangan usul ini supaya tidak menunggu hanya pada mesyuarat  sahaja.

Tindakan: AJK PIBG

 

 

  1. Pembubaran AJK PIBG Sesi 2004/2006

        Tuan Haji Mohd Dawam bin Dollah (Yang Dipertua PIBG Sesi 2006/2008) dengan resminya membubarkan AJK PIBG Sesi 2006/2008.

 

 

 

  1. Perlantikan AJK PIBG Sesi 2008/2010

        Selepas dibuat perlantikan, berikut adalah senarai ahli jawatankuasa PIBG bagi Sesi 2008/2010:

 

Yang Dipertua PIBG

Naib Yang Dipertua

Setiausaha

Bendahari

:

:

:

:

 

Tuan Haji Mohd Dawam bin Dollah @ Haji Anuar

En. Ahmad Zamri bin Shamsudin

En. Mohamad Hairi bin Keliwon

Pn. Siti Hajar binti Ibrahim

AJK Ibu bapa

 

 

 

 

 

AJK Ibu bapa

 

 

 

 

 

Juru Audit Dalaman

 

:

 

 

 

 

 

:

 

 

 

 

 

:

  1. Siti Rahmah binti Tohiran @ Haji Mustafa
  2. En. Shamsuddin bin Mahaiyuddin
  3. En. Ahmad Razali bin Mispan
  4. En. Mohamed Nor Hasan Sazali bin Hj. Salleh
  5. En. Faisal bin Sabikon

 

  1. Ust. Khairun Nidzam bin Tarmiji
  2. Ust. Ghadzali bin Ismail
  3. Ust. Gos Hafiz @ Ibnu Mukti bin Supeni
  4. Pn. Norkhadzoh binti Mat Noor
  5. PK 1

 

  1. En. Razali bin Asmuni
  2. Pn. Ainon Zakiah binti Abdul Malek

 

  1. Ucapan Penagguhan

        En. Hamdan bin Rahmat mengucapkan tahniah di atas perlantikan AJK PIBG yang baru.

        Beliau berharap ada dokumen sokongan disertakan dalam Laporan Kewangan dan Laporan Aktiviti. Contohnya: Perlembagaan PIBG

Tindakan: Setiausaha PIBG

 

        En. Abdul Hamid bin Maarof mencadangkan diwujudkan lampu isyarat di hadapan sekolah.

Tindakan: YDP PIBG

 

        Beliau juga mencadangkan pembayaran yuran dibuat terus kepada pihak bank manakala slip diberikan kepada pihak sekolah.

Tindakan: YDP PIBG/Sekolah

 

        Pn. Siti Rahmah binti Tohiran mengucapkan setinggi perhargaan kepada guru-guru di atas kecemerlangan di dalam peperiksaan PMR, SMA dan SPM 2007.

        En. Ahmad Zamri bin Shamsudin juga mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua dan barisan guru-guru di atas usaha keras mereka mendidik pelajar. Pada hari ini seramai 231 orang pelajar diraikan atas kejayaan dan kecemerlangan mereka. Namun jangan dilupa 600 orang pelajar yang lain.

        YDP PIBG berharap ibu bapa sentiasa memberikan teguran dan sama-sama membantu membangunkan PIBG. Jika ada sebarang rasa tidak puas hati luahkan sama ada secara lisan ataupun penulisan kepada AJK PIBG agar kita sama-sama dapat menyelesaikan masalah anak-anak kita secara bersama.

Tindakan: Ibu bapa / penjaga

 

 

Mesyuarat Agung PIBG ke-13 ditangguhkan pada jam 1.10 petang.

 

 

 

 

Pencatat I:                                                   

 

 

 

(NOR AZAH BINTI HAMDI)             

 

Pencatat II:                                          Disemak oleh:

 

 

 

(MAS AZURAINI BINTI RATMIN)                 (MOHAMAD HAIRI BIN KELIWON)

                                                          Setiausaha PIBG Sesi 2008/2010

 

 





LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KALI KE-2, 2009

14 03 2009

Satu kursus LDP ( Latihan Dalam Perkhidmatan ) telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan 14/03/2009  bertempat di Bilik  Mesyuarat Sekolah bermula dari jam  8:00 am hingga 1:00 tengahari.

Kursus disampaikan oleh Pn. Khodijah bti Dardi PK1, Pn. Bibi Melor & Pn. Fadzilah binti Saat ( Unit Peperiksaan Dalaman) berkenaan SAP ( Sistem Analisis Peperiksaan ) Headcount kepada semua guru SAMMPS.

Diharap dengan penyertaan kursus ini dapat meningkatkan lagi kefahaman para guru menggunakan sistem tersebut demi meningkatkan pencapaian rekod murid dalam ujian & peperiksaan sepanjang tahun 2009.





KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR 2009

14 03 2009
Ucapan Perasmian Penutupan Kursus Kepimpinan Pelajar 2009 oleh Pengetua En. Mohammad Jamil bin Sarin

Ucapan Perasmian Penutupan Kursus Kepimpinan Pelajar 2009 oleh Pengetua En. Mohammad Jamil bin Sarin

Pengawas & Exco Asrama 2009 tekun & khusyuk mendengar ceramah motivasi dari pakar Cikgu Ahmad Fuad bin Ghazali dari Motivation Group
Pengawas & Exco Asrama 2009 tekun & khusyuk mendengar ceramah motivasi dari pakar Cikgu Ahmad Fuad bin Ghazali dari Motivation Group
Barisan Kepimpinan Pengawas Sekolah & Exco Asrama SAMMPS sedang tekun mendengar ceramah motivasi dari Cikgu Ahmad bin Ghazali dari Motivation Group
Barisan Kepimpinan Pengawas Sekolah & Exco Asrama SAMMPS sedang tekun mendengar ceramah motivasi dari Cikgu Ahmad bin Ghazali dari Motivation Group

 

Tarikh:13 – 14 Mac 2009

Hari: Jumaat & Sabtu

Tempat: Rest House Sabak Bernam

Perasmian Penutup:

Encik Mohammad Jamil bin Sarin

(Tuan Pengetua SAM Muhammadiah Pekan Sabak)

 

ATURCARA PROGRAM

 

JUMAAT – 13/3/2009

3.00 p.m – 3.30 p.m : Pendaftaran

3.30 p.m – 5.30 p.m : Ice Breaking & Pembahagian Kumpulan

5.30 p.m : Kudapan & Solat Asar Berjamaah

6.00 p.m – 7.00 malam : Persiapan Diri

7.00 p.m : Makan Malam

7.30 p.m : Solat Maghrib Berjamaah

                 : Tazkirah bersama Ust Ab Hadi bin Hussin

8.45 p.m : Solat Isyak berjamaah

9.00 p.m – 11.00 p.m : Pembangunan Karakter & Motivasi

11.00 p.m : Minum Malam & Tidur

 

SABTU – 14/3/2009

5.00 a.m : Persiapan Qiamullail

5.30 a.m : Qiamullail bersama Ust. Kamarul Ariffin bin Yahya

6.20 a.m : Solat Subuh Berjamaah

                 : Kuliah Subuh bersama Ust. Khairun Nidzam bin Tarmiji

7.00 a.m : Sarapan pagi

7.30 a.m – 8.00 a.m : Persiapan Diri

8.00 a.m – 10.15 a.m : Pembinaan Pasukan Pimpinan yang Berkesan

10.15 a.m – 10.45 a.m : Rehat

10.45 a.m – 12.45 p.m : Mengurus Perhubungan Exco dengan Pelajar & Guru & Latihan Dlm Kumpulan (LDK)

1.00 p.m – 1.30 p.m : Makan Tengahari

1.30 p.m – 2.00 : Solat Zuhor berjamaah

2.00 p.m – 4.00 p.m : Pelan Tindakan & Aplikasi

 

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR 2009

4.00 p.m : Ucapan Pengerusi Majlis

4.10 p.m : Bacaan Doa

4.20 p.m :Ucapan Perasmian Penutup oleh Tuan Pengetua SAM Muhammadiah Pekan Sabak

                 : Penyampaian Cenderamata kepada Guru-Guru & Guru-Guru Pembimbing

                 : Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Kumpulan

5.00 p.m : Bersurai

 

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR 2009

Penasihat : Tuan Pengetua

Pengerusi : Penolong Kanan HEM

Naib Pengerusi I : Penolong Kanan

Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha : Puan Faridah Hanim binti Othman

Naib Setiausaha : Cik Khairiyah binti Shahrudin

Bendahari : Puan Mas Azuraini binti Mohd Ratmin

AHLI JAWATANKUASA

Disiplin : Encik Kamarul Ariffin bin Yahya & Encik Suhaimi bin Bushra

Pengangkutan : Encik Gos Hafiz @ Ibnu Mukti bin Supeni & Encik Abas bin Tambah

Kebajikan/Kesihatan :  Puan Ainon binti Ipin, Puan Siti Haleja binti Husnan & Puan Siti Salwiah binti BagiminCenderamata/Fail : Puan Saniah binti Darus & Puan Rohani binti Kosri

 

 Majlis Penutup/Sijil : Puan Sabrina binti Abd Manaff & Puan Nor Khafidzoh binti Mat Nor

 Tazkirah : Encik Sallehuddin bin Sarif , Encik Abdul Hadi bin Hussin & Encik Mohd Hussin bin Mokhtar

 Penginapan :  Puan Faridah Hanim binti Othman, Puan Ainon binti Ipin, Cik Khairiyah binti Shahrudin, Encik Gos Hafiz @ Ibnu Mukti bin Supeni, Encik Suhaimi bin Bushra

 Dokumentasi : Encik Abas bin Tambah, Cik Khairiyah binti Shahrudin

 Pamplet/Buku Aturcara : Cik Nor Azah binti Hamdi

 

OBJEKTIF PROGRAM

 

1. Mewujudkan pelajar berdaya fikir yang kritis & kreatif.

2. Menjadikan diri pelajar  berkeyakinan tinggi untuk menjadi seorang pemimpin pelajar.

3. Memperkembangkan potensi pelajar dalam proses pembentukan sebagai pemimpin.

4. Mewujudkan interaksi positif serta persefahaman di antara pelajar dan pihak pentadbir sekolah.

5. Membantu pelajar menjadi pemimpin yang berkesan.

 

SEKALUNG PENGHARGAAN

 

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA:

En. Muhammad Hazar bin Yahya

(Pengurus Rest House Sabak Bernam)

En. Mohammad Jamil bin Sarin (Tuan Pengetua SAM Muhammadiah Pekan Sabak)

Semua fasilitator & pemudahcara

Yak Heng Sdn Bhd

Warden Asrama & Penyelia Asrama

Guru-Guru Disiplin

Guru-Guru Unit Bimbingan & Kaunseling

Ibu bapa / Penjaga Pelajar yang terlibat

Pengawas Sekolah & Exco Asrama Sesi 2009

Serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan program ini.

 

 





WAN A’TIRAH BINTI MAHYUDIN PELAJAR TERBAIK SPM 2008

12 03 2009
Tahniah ! Anda telah berjaya mengekalkan kecemerlangan pelajaran dari PMR,SMA & SPM. Kami Warga Pendidik SAMMPS mengkalungkan jutaan tahniah kerana menjadi pelajar cemerlang SPM 2008. Keputusan terbaik 9A

Tahniah ! Anda telah berjaya mengekalkan kecemerlangan pelajaran dari PMR,SMA & SPM. Kami Warga Pendidik SAMMPS mengkalungkan jutaan tahniah kerana menjadi pelajar cemerlang SPM 2008. Keputusan terbaik 9A

Wan A’tirah binti Mahyudin

i/c No : 911029105488

Angka Giliran : BF045A022

MATA PELAJARAN

KEPUTUSAN

BAHASA MELAYU

1 A

BAHASA INGGERIS

3 B

SEJARAH

2 A

MATEMATIK

1 A

SAINS

1 A

BAHASA ARAB TINGGI

1 A

MATEMATIK TAMBAHAN

6 C

PRINSIP PERAKAUNAN

1 A

EKONOMI ASAS

1 A

PENDIDIKAN AL-QUR’AN & AS-SUNNAH

1 A

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH

2 A





PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 1430H

9 03 2009

Pengetua Bersama Barisan Guru & Pelajar Asrama Berarak Keliling Quarters Guru, Asrama Dan Sekolah Berakhir Di Dewan SAMMPS Sambil Berselawat Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Sekolah 2009

Pengetua Bersama Barisan Guru & Pelajar Asrama Berarak Keliling Quarters Guru, Asrama Dan Sekolah Berakhir Di Dewan SAMMPS Sambil Berselawat Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Sekolah 2009

Juara Nasyid (P) Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1430H Budak2 Form One
Juara Nasyid (P) Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1430H Budak2 Form One
Juara Nasyid (L) Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1430H
Juara Nasyid (L) Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1430H
Pelajar2 Asrama (P) Berarak Sambil Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW Dgn Penuh Semangat
Pelajar2 Asrama (P) Berarak Sambil Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW Dgn Penuh Semangat
Pelajar2 Asrama (P) Berarak Sambil Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW Dgn Penuh Bersemangat
Pelajar2 Asrama (L) Berarak Sambil Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW Dgn Penuh Bersemangat

 

 

JUMAAT~ 6 MAC 2009

 7.30 mlm                    Solat Maghrib berjemaah

                                    Zikir Munajat

8.00 mlm                    Halaqah Qur’an

8.45 mlm                    Solat Isya’ Berjemaah

9.30 mlm                    Acara Lelaki

Deklamasi Sajak          Tema “ Maulidurrasul

Pertandingan Bercerita “ Kisah Para Ambia

10.00 mlm                 Taklimat Qiamullail

                                    Halaqah Qur’an

11.00 mlm                  Bersurai

 

 

SABTU~ 7 MAC 2009

4.30 pg                       Qiammullail

                                    Solat Tahajjud, hajat, tasbih, taubat

6.10 pg                        Solat Subuh berjemaah

                                    Kuliah Subuh

 

8.30 pg                       Acara Perempuan

Deklamasi Sajak          Tema “ Maulidurrasul

Pertandingan Bercerita “ Kisah Para Anbia

 

7.30 mlm                    Solat Maghrib berjemaah

8.00 mlm                    Ceramah Umum

Rasulullah Kekasihku oleh Ust. Yahya Rashid

9.30 mlm                    Solat Isya’ Berjemaah

10.00 mlm                  Halaqah al Qur’an

10.45 mlm                  Minum Malam                        

 

 

AHAD~ 8 MAC 2009          

8.30 pg                       Acara Perempuan

Pertandingan Nasyid Terbuka “ Tema tentang Maulidurrasul

7.30 mlm                    Solat maghrib berjemaah

                                    Mathurat

                                    Halaqah Qur’an

8.45 mlm                    Solat Isya’ berjemaah

9.15 mlm                    Acara Lelaki

           Pertandingan Nasyid Terbuka “ Tema tentang Maulidurrasul

10.45 mlm                  Minum malam

 

ISNIN~ 9 MAC 2009

 7.30 pg                       Semua pelajar berkumpul

7.45 pg                       Acara Perarakan Maulidurrasul bermula

8.30 pg                       Ucapan Pengerusi Majlis

Ucapan Penyelaras Program

Ucapan Perutusan Sempena Maulidurrasul dan Perasmian Penutupan Program Maulidurrasul 2009

                                    Oleh Pengetua SAM. Muhammadiah

                      Penyampaian Hadiah

                      Ucapan Exco

                      Ucapan Warden

10.30 pg                     Bersurai

 

 

AHLI JAWATANKUASA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAHUN 2009/1430H

 

Ahli Jawatankuasa Induk

 

Penasihat                    Pengetua

Pengerusi                    PK HEM

N Pengerusi                En. Gosh Hafiz b Supeni      (Ketua Warden)

Setiausaha                  En. Sallehudin b. Sarif

N Setiausaha              Pn Mas Azuraini bt Mohd Ratmin

Bendahari                   En. Husin b Mokhtar

 

Ahli Jawatankuasa    Pn. Salwiah bt. Wagimin

                                    En. Abas b. Tambah

En. Suhaimi b. Bushra

En Mohd Suffian b. Kamruddin

Pn. Hjh Saniah bt. Darus

Pn. Hjh Ainon bt. Ipin

Pn Hjh Faridah bt. Othman

Pn. Zulaikha bt. Ngat

Pn Siti Masroha bt  Ramli

Cik Norazah bt Hamdi

Pn Bibi Melor Mohd Fakeh

Cik Khairiyah bt Shahruddin

 

Ahli Jawatankuasa Pelaksana

 

Pengarah Program                Mohd. Ezzani b. Ismail

Naib Pengarah Program       Khalilah bt.Hj. Mohd. Salleh

Setiausaha                              Mohd. Muqsit b. Masmatur

Bendahari                               Masitah bt. Mokhtar

 

 

Jawatankuasa

Hadiah/Cenderahati                           Persiapan Tempat

Amiratul Hanani bt. Habib                 Mohd. Haizan  / Ibrahim

Nurul Asyikin bt. Jamil Khir               Ummi Sarah / Fasihah Husna

 

Persiapan Pentas                                Penyelaras Pertandingan

Nurfitriah bt. Maskuri                         Sajak           (Abdul hadi Jusuh/ Nur Syamim)

Fatihiah Mohammad                           Bercerita     (Izzat Ariffin / Nurhazwani)

                                                            Nasyid        (Nur Akmal Idris)

 

Jamuan

Abdul Muhaimin

Saifullah Tumin

Amiratul Hanani

 

Pakaian : Baju Batik