KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA 2009

14 04 2009
Dipancarkan melalui laptop/LCD menggunakan microsoft power point

Dipancarkan melalui laptop/LCD menggunakan microsoft power point

Sebahagian pelajar Men Keb, Ren Keb & SABK Daerah Sabak Bernam yang mengambil bahagian melukis poster bertemakan " Sains & Teknologi Asas Keutuhan Ekonomi Negara"

Sebahagian pelajar Men Keb, Ren Keb , SMKA & SABK Daerah Sabak Bernam yang mengambil bahagian melukis poster bertemakan " Sains & Teknologi Asas Keutuhan Ekonomi Negara"

Sebahagian guru pengiring & urusetia karnival pendidikan kaunseling kerjaya 2009 sedang menjamu selera (sarapan pagi)

Sebahagian guru pengiring & urusetia karnival pendidikan kaunseling kerjaya 2009 sedang menjamu selera (sarapan pagi)

 Tajuk     : Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya 2009

Tema      : Sains & Teknologi Asas Keutuhan Ekonomi Negara

Tarikh    : 14/04/2009

Hari        : Selasa

Masa      : 8:30 am ~ 12:00 am

Anjuran : 1. PPD Sabak Bernam 

                    2. Majlis guru kaunseling Daerah Sabak Bernam.

Aktiviti  :1. Melukis poster bagi kategori sek menengah.

                   2. Melukis poster bagi kategori sek rendah.

Penyertaan : 1. Sek Men  (16 buah)

                            2. Sek Ren (29 buah)

Jumlah Penyertaan : Satu sek men ~ 2 peserta.

                                            Satu sek ren ~ 1 peserta.

Tempat Pertandingan : Dewan SAMMPS.





KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD SABAK BERNAM 2009

12 04 2009
Barisan Pasukan Bola sepak bawah 15 thn telah menjadi juara keseluruhan perlawanan bola sepak bwh 15 thn. Final berlangsung di Stadium Sg. Besar, Selangor. Turut hadir memberi sokongan padu pada pertandingan itu ialah Tuan Pengetua En. Mohammad Jamil bin Sarin. Berdiri di tengah-tengah 7 dari kiri.

Barisan Pasukan Bola sepak bawah 15 thn telah menjadi juara keseluruhan perlawanan bola sepak bwh 15 thn. Final berlangsung di Stadium Sg. Besar, Selangor. Turut hadir memberi sokongan padu pada pertandingan itu ialah Tuan Pengetua En. Mohammad Jamil bin Sarin. Berdiri di tengah-tengah 7 dari kiri.

Kejohanan bola sepak MSSD Sabak Bernam bawah 15 dan 18 tahun telah berlangsung selama 5 hari bermula 30, 31 Mac, 1,2, dan 3 April 2009 bertempat di Stadium Sabak Bernam dan Sungai Besar, Selangor. Bagi kategori 15 tahun sebanyak 12 buah sekolah telah menghantar pasukan untuk bertanding merebut kejuaraan. SAMMPS merupakan salah satu sekolah yang menghantar pasukan bola sepaknya bagi kategori 15 dan 18 tahun yang telah dilatih oleh Cikgu Mohd Razif bin Abd Malik, Ustaz Kamarul Arifin dan Cikgu Hairi b. Keliwon selaku pengurus pasukan bola sepak sekolah.

Pasukan bawah 18 tahun layak ke suku akhir sahaja telah tewas di tangan SMK Seri Bedena. Manakala pasukan bawah 15 tahun telah menjadi johan dengan menewaskan SSB di suku akhir dengan keputusan 3-1, SPBI di separuh akhir dengan keputusan 6-1 dan menewaskan SMK Sungai Besar 3-2.

Maka dengan ini rasmilah johan MSSD Sabak Bernam bawah 15 tahun telah dirangkul oleh pasukan SAMMPS.

Laporan ini disediakan oleh Ustaz Kamarul Arifin b. Yahya.





PERTANDINGAN AMAL ISLAMI PERINGKAT SEKOLAH 2009

8 04 2009

 

 

Budak-budak ni ada bakat buka syarikat rakaman nasyid. Tapi belajar dulu sampai habis universiti. Pastu bertemulah lah balik & buka kelab muzik @ tubuh syarikat rakaman nasyid. Boleh tumpang glamor..Ini dari Firqah Satria ( Hijau )

Budak-budak ni ada bakat buka syarikat rakaman nasyid. Tapi belajar dulu sampai habis universiti. Pastu bertemulah lah balik & buka kelab muzik @ tubuh syarikat rakaman nasyid. Boleh tumpang glamor..Ini dari Firqah Satria ( Hijau )

Juri hakim khusyuk mendengar pidato arab dari pelajar men rendah. Wah! Hebat betul budak-budak perempuan ni. Ada harapan sambung belajar kat Timur Tengah...
Juri hakim khusyuk mendengar pidato arab dari pelajar men rendah. Wah! Hebat betul budak-budak perempuan ni. Ada harapan sambung belajar kat Timur Tengah…

 

 

Tarikh

 

  : 03/04/2009

 

 

Hari       : Jumaat

Masa     : 8:30 pagi ~ 12:00 tengahari

Firqah : 1. Waja ( Merah )

                 2. Wira ( Kuning )

                 3. Satria ( Hijau )

                 4. Perdana ( Biru )

Acara Pertandingan

1. Syarahan Bahasa Arab

2. Syarahan Bahasa Inggeris

3. Syarahan Bahasa Melayu

4. Tafsir Al-Qur’an

5. Khutbah

6. Nasyid

Kategori : Men. Ren. (L/P )

Hakim  :

1. Syarahan Bahasa Arab : 1. Us Jaafar

                                                      2. Us Asraf

                                                       3. Us. Ab Hadi

                                                       4. Ust Norzidah

                                                       5. Ust Fadzillah

                                                       6. Ust Bibi Melor

2. Syarahan Bahasa Inggeris : 1. Pn Norhazliyana

                                                             2. Pn Zulaikha

                                                             3. Pn Nik Nor Fajaridayu

                                                             4. Pn Rapeah 

                                                             5. Cik Rasyidah

                                                            6. Pn Marlina

3. Syarahan Bahasa Melayu : 1. Cik Noraini

                                                           2. En. Suhaimi

                                                           3. Cik Hafizah

                                                           4. Pn Siti Salwiah

                                                           5. Pn Hafizah

                                                           6. Cik Fulana

4. Tafsir Al-Qur’an                  : 1. Pn Siti Nor

                                                          2. Us Ghadzali

                                                           3. Cik Syatirah Fatin

                                                          4. Us Aini Arbain

5. Khutbah                                  1. En Saiful

                                                         2. Us Khairun Nidzam

6. Nasyid                                      1. Cik Khairiyah

                                                         2. Pn Siti Zarina

                                                         3. Pn Fadzilah

                                                         4. Pn Ainon Ipin

                                                        5. Pn Siti Hajar

                                                        6. Pn Norlaili





PERTANDINGAN SENI KHAT AMAL ISLAMI PERINGKAT SEKOLAH 2009

7 04 2009
Sambutan luar biasa pelajar-pelajar sekolah ini dalam acara pertandingan khat 2009 sangat menggalakkan. Pasti akan muncul penulis khat terbaik negeri Selangor. Amiiiiin!

Sambutan luar biasa pelajar-pelajar sekolah ini dalam acara pertandingan khat 2009 sangat menggalakkan. Pasti akan muncul penulis khat terbaik negeri Selangor. Amiiiiin!

Tajuk   : Pertandingan Seni Khat Peringkat Sekolah 2009~Amal Islami

Tarikh : 31/03/2009

Hari     : Selasa

Masa    : 3:45 pm ~ 4:45 pm ( satu jam sahaja )

Kategori : Men. Atas (L) & (P)

                     Men. Ren (L) & (P)

Jumlah Peserta : 80 orang lelaki & perempuan.

Keputusan : InsyaALLAH pada hari jumaat bersamaan 10/03/2009

Anjuran : Unit Amal Islami 2009 diketuai oleh Ustaz Abdul Ghani b. Abdullah