KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD SABAK BERNAM 2009

12 04 2009

Barisan Pasukan Bola sepak bawah 15 thn telah menjadi juara keseluruhan perlawanan bola sepak bwh 15 thn. Final berlangsung di Stadium Sg. Besar, Selangor. Turut hadir memberi sokongan padu pada pertandingan itu ialah Tuan Pengetua En. Mohammad Jamil bin Sarin. Berdiri di tengah-tengah 7 dari kiri.

Barisan Pasukan Bola sepak bawah 15 thn telah menjadi juara keseluruhan perlawanan bola sepak bwh 15 thn. Final berlangsung di Stadium Sg. Besar, Selangor. Turut hadir memberi sokongan padu pada pertandingan itu ialah Tuan Pengetua En. Mohammad Jamil bin Sarin. Berdiri di tengah-tengah 7 dari kiri.

Kejohanan bola sepak MSSD Sabak Bernam bawah 15 dan 18 tahun telah berlangsung selama 5 hari bermula 30, 31 Mac, 1,2, dan 3 April 2009 bertempat di Stadium Sabak Bernam dan Sungai Besar, Selangor. Bagi kategori 15 tahun sebanyak 12 buah sekolah telah menghantar pasukan untuk bertanding merebut kejuaraan. SAMMPS merupakan salah satu sekolah yang menghantar pasukan bola sepaknya bagi kategori 15 dan 18 tahun yang telah dilatih oleh Cikgu Mohd Razif bin Abd Malik, Ustaz Kamarul Arifin dan Cikgu Hairi b. Keliwon selaku pengurus pasukan bola sepak sekolah.

Pasukan bawah 18 tahun layak ke suku akhir sahaja telah tewas di tangan SMK Seri Bedena. Manakala pasukan bawah 15 tahun telah menjadi johan dengan menewaskan SSB di suku akhir dengan keputusan 3-1, SPBI di separuh akhir dengan keputusan 6-1 dan menewaskan SMK Sungai Besar 3-2.

Maka dengan ini rasmilah johan MSSD Sabak Bernam bawah 15 tahun telah dirangkul oleh pasukan SAMMPS.

Laporan ini disediakan oleh Ustaz Kamarul Arifin b. Yahya.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: