EXPLORACE BAHASA ARAB MERENTASI 3 NEGERI

8 07 2010

Para peserta Mughamarah Lughah Arabiah diberi sedikit taklimat berkenaan Unit Bahasa Arab & Latar Belakang SAM Jeram oleh wakil sekolah di dalam surau baru sekolah ini. Amboi! cantik nya surau.

Tarikh

: 2, 3 & 4 July 2010

Hari : Jumaat, Sabtu & Ahad

Tempat :

1. SAM Jeram, Selangor

2. Masjid Jamiek Meru, Klang, Selangor

3. Perhentian Rehat Tol Seremban

4. Perhentian Rehat Tol Air Keroh, Melaka

5. Sek. Men. Keb. (Agama) Tun Perak, Jasin, Melaka

6. Sekitar Kawasan Sejarah Bandar Hilir Melaka

7. Zoo Melaka

8. Pameran Buku, Kompleks PKNS, Shah Alam, Selangor

Jumlah Peserta : 70 orang pelajar Lelaki & Perempuan ( Dibahagikan kepada 7 kumpulan )

                                   11 orang guru pengiring juga sebagai fasilitator

Aktiviti :

1. Pertandingan mencari 1000 kalimah baharu dalam Bahasa Arab apa yang dilihat sepanjang tempoh perjalanan explorace ini di antara 7 kumpulan ini.

2. Pelajar wajib menggunakan sepenuhnya Bahasa Arab sepanjang program ini berlangsung sesama pelajar & fasilitaor.

3. Pelajar-pelajar bertukar-tukar fikiran & pendapat di antara pelajar SAM Jeram, Selangor & SMK Tun Perak, Jasin, Melaka dan mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat baru dalam Bahasa Arab.

4. Pelajar-pelajar SMK Tun Perak, Jasin, Melaka mengadakan persembahan:

     1. Pentomin Bahasa Arab 2 Kumpulan Lelaki & Perempuan

     2. Nasyid Islami Bahasa Arab 2 Kumpulan Lelaki & Perempuan

     3. Bacaan Syaier Arab Perempuan

     4. Slide Microsoft Power point sekitar kawasan sekolah dalam Bahasa Arab

5. Pelajar-pelajar SAM Muhammadiah membalas dengan persembahan:

     1. Nasyid Islami Bahasa Arab Perempuan

     2. Nasyid Islami  Bahasa Arab Lelaki

     3. Slide Video Windows Movie Maker sekitar program sekolah SAM Muhammadiah 2010 & explorace berlansung

6. Penutupan explorace Bahasa Arab pada 16/07/2010~Jumaat sekali lagi setiap kumpulan (7 kumpulan) akan membuat pembentangan hasil explorace mereka menggunakan microsoft power point @ windows movie maker disaksikan oleh ibubapa masing-masing dan ada hadiah menanti kepada pemenang-pemenang ini.

Bergambar kenangan bersama guru-guru SMK Tun Perak, Jasin, Melaka dan peserta Mughamarah Lughah Arabiah. Semoga peserta lebih mahir berkomunikasi B.Arab

Peserta lelaki SAM Muhammadiah bergambar kenang-kenangan bersama guru-guru SMK Tun Perak, Jasin Melaka.

Peserta Mughamarah Lughah Arabiah Perempuan tidak melepaskan peluang turut serta bergambar kenang-kenangan bersama guru-guru SMK Tun Perak, Jasin, Melaka.

Peserta Mughamarah SAM Muhammadiah digabungkan dengan peserta dari SAM Jeram dalam 7 kumpulan. Mereka bertaaruf dalam Bahasa Arab. Dilarang bercakap dalam Bahasa Melayu. Terpaksalah buka kamus...

Pengerusi majlis Lelaki & Perempuan SMK Tun Perak. Ucapan program dari tuan rumah sepenuhnya dalam Bahasa Arab. Bagus budak-budak ni. Budak terpilih dah pandai-pandai Bahasa Arab...

Tuan Pengetua turut hadir pada malam pembukaan majlis mughamarah lughah arabiah bersama pelajar SMK Tun Perak. Hebat juga persembahan budak-budak dari SMK Tun Perak. Ustaz2nya cakap budak-budak tu prepair 2 hari jer..Eh! biar betul...Macam dah prepair satu bulan...

Kumpulan Nasyid Perempuan SMK Tun Perak. Wow persembahan mantap. Pukul Tabla pun mantap...tahniah!

Kumpulan Nasyid Lelaki SMK Tun Perak. Meremang bulu roma mendengar kekuatan vokal budak-budak ni. Boleh ganti ustaz Asri dari Rabbani...?

Semua peserta Mughamarah Lughah Arabiah wajib menunaikan solat subuh berjamaah. program zikir & ma'thurat. Tiada kuliah subuh dalam Bahasa Arab. Akan datang pelajar bagi kuliah pendek dalam Bahasa Arab.

Us Zakwan Mohd Ikhsan pegang Dhob. Macamana nak cakap dalam Arab : Mengosok kepala dhob . Dhob tu semacam jer. Terpejam matanya...?

Peserta Mughamarah Lughah Arabiah diberi tugasan mencari nama-nama binatang & sifat-sifatnya. Masuk zoo pun bawa kamus arab-melayu.

Jumpa pak arab dalam Zoo Melaka. Apalagi terus budak-budak ni praktik cakap arab. Tanya bertubi-tubi. Pening pak arab ni menjawabnya. Entah betul, entah tidak...Allahu Aklam...!!!he..he..

Us.Mohd Hairi, Us.Khairel, En.Johari & guru2 SMK Tun Perak, Melaka sedang bermesyuarat rangka explorace bahasa arab sebulan lagi

Us.Mohd Hairi, Us.Khairel, En.Johari & guru2 SMK Tun Perak, Melaka & Wan Fakhrudin & Us Ahmad Zamri. 4 pihak terlibat dalam mesyuarat ini. JPS, wakil SAM Muhammadiah, JPNM dan tuan rumah SAM Tun Perak, jasin Melaka. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua guru SAM Tun Perak khususnya Ustaz Mohd Hairi dan Ustaz Ahmad Zamri yang bertungkus lumus dari awal hingga akhir program ini berlangsung. Syukran !


Tindakan

Information

7 responses

19 07 2010
abi sofian

tahniah kpd smua pihak yg berusaha dlm mnjayakan prgm kembara?bila penutupan Kembara tu?

24 09 2010
khalilah haji salleh

tahniah sammps..teruskan sehingga maju ke puncak..
tahniah jg buat guru2 sammps..semoga sentiasa menjadi yang terbaik..amin..

6 10 2010
Ukhwah Luver

Alhamdulillah…setelah mengikuti program ini,result BAK sye smakin meningkat.Syukran kpd sume yg terlibat menjayakan x-plorace ini.Harapnye,ia akn diteruskan lagi pd tahun akan datang.Insya-Allah….

18 12 2011
ummi sofea

alhamdulillah..mabruk alaik.

30 10 2010
Ukhwah Luver

Ex-plorace ini memberi byk kebaikan terutamanya dalam meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek BAK…Harapnya ia dapat diteruskan lg pd tahun2 akn datang…..Uhibbu al-lughatul arabiyyah!!!

7 11 2010
HambaALLAH

Saya berharap agar phak sekolah dpt mgnjurkan kem ini lgi agar kptsan plaja2 trus mningkat scara mndadak..

18 12 2011
ummi sofea

alhamdulillah, berkat kerjasama guru dan pelajar program ini bjaya dilaksanakan..tkasih jg pd u.zamri krn tanpa usaha beliau saya sebagai Ketua Panitia Bahasa Arab pun x mampu m’galas tugasan yg berat ini..tahniah pd semua guru yg terlibat juga..syukran jazillan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: