BENGKEL KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI DINAMIK

24 12 2014

Kepada :

Ibubapa / Penjaga

Ahli Majlis Perwakilan Asrama (EXCO) sesi 2015

 

Tuan / Puan,

 

BENGKEL KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI DINAMIK

 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

 

  1. Pertama sekali pihak sekolah mengucapkan tahniah atas pelantikan anak tuan / puan sebagai Ahli Majlis Perwakilan Asrama (EXCO) sesi 2015.

 

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa satu program kepimpinan akan dijalankan pada ketetapan berikut :

 

Nama    : Bengkel Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi Dinamik

Tarikh    : 31 Disember 2014 hingga 2 Januari 2015

Masa     : Sepenuh masa

Tempat   : Dewan Besar SAM Muhammadiah Pekan Sabak

 

  1. Pelajar dikehendaki untuk pulang ke asrama pada hari RABU (31 Disember 2014) selewatnya pada jam 6.00 petang. Sehubungan dengan itu juga, tuan / puan dipohon agar dapat membenarkan anak tuan / puan untuk menyertai program tersebut.

 

  1. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan perkara di atas boleh di ajukan kepada En Mohd Ilham bin Rafii (Warden) di talian 012-5300525. Kerjasama dan sokongan pihak tuan / puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

 

Sekian terima kasih

 

Saya yang menurut perintah

 

JAMAAH BINTI SHAHBUDDIN

Pengetua

SAM Muhammadiah Pekan Sabak


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: