SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak adalah kesinambungan Sekolah Agama Menengah Batu 40. Sekolah ini bermula dari Kelas Menengah Darjah Khas Batu 36 Sekendi yang ditubuhkan pada tahun 1960. Pada tahun 1962 sekolah ini berpindah ke bangunan Madrasah Muhammadiyyah Batu 40 Sabak Bernam dengan kerjasama pihak yang berkaitan dan ehsan waris-waris al-marhum Tuan Haji Muhammad yang telah membina separuh madrasah tersebut.

Pada tahun 1968 madrasah tersebut mendapat dua blok bangunan baru di tapak tersebut yang diwakafkan oleh waris-waris Tuan Haji Muhammad. Satu lagi bangunan telah ditambah pada tahun 1984. Akhirnya sekolah ini mempunyai 4 bangunan yang mempunyai 15 bilik darjah yang memuatkan lebih 500 orang pelajar dengan 36 orang guru. Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Agama Muhammadiyyah Batu 40 sempena nama al-marhum Tuan Haji Muhammad.

Bertepatan dengan perkembangan dan permintaan yang mendesak dari penduduk tempatan dan permohonan dari kawasan bandar untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah agama, maka Kerajaan Negeri Selangor telah berusaha membina sekolah baru yang lengkap dengan segala kemudahan. Akhirnya pada 1 Ogos 1999 kerajaan Negeri Selangor telah membuat pecah tanah untuk tujuan itu. Pada 1 Ogos 2003, sebuah kompleks sekolah agama telah siap dan dinamakan Kompleks Sekolah Agama Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam.

Pada tahun 2003, bilangan tenaga pengajar hanya seramai 23 orang. Bilangan ini bertambah dari setahun ke setahun selaras dengan bilangan pelajar yang berjumlah 814 orang pada tahun 2008. Pada tahun 2008 bilangan kakitangan berjumlah 10 orang dan bilangan guru berjumlah 55 orang.

Pada tahun 2006, pihak Jabatan Agama Islam (Bahagian Pelajaran JAIS), Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (Kementerian Pelajaran Malaysia), telah membuat MoU. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Dari setahun ke setahun bilangan guru dan kakitangan sekolah saling bertukar ganti dan bilangan kakitangan yang bertugas semakin meningkat. Begitu juga dengan bilangan pelajar yang semakin bertambah. Pada tahun 2010, sekolah ini telah memperkenalkan 1 kelas Tingkatan 6 STAM. Selaras dengan itu bilangan guru telah bertambah kepada 68 orang guru dan 14 kakitangan. Jumlah pelajar telah bertambah sebanyak 848 orang pelajar.

Pada tahun 2011, kelas STAM telah bertambah kepada 2 kelas. Bilangan pelajar bertambah kepada 946 orang pelajar. Bulan Jun 2011 mencatat sejarah baru sekolah di mana sekolah menerima Pengetua yang baru iaitu Puan Jamaah binti Shahbuddin.

Pada tahun 2012, bilangan guru telah bertambah kepada 78 orang. Kini SAM Muhammadiah boleh berbangga dengan ujudnya Makmal Komputer yang lengkap dengan 20 buah computer. Usaha ini tidak akan berjaya tanpa bantuan modal dari PIBG SAM Muhammadiah. Selaras dengan tranformasi pendidikan maka telah diujudkan Bilik PBS bersebelahan Bilik ERT.

33 responses

27 01 2010
sammps

Cikgu Suhaimi bin Bushra kirim salam kat you (Asri) katanya : Semoga You berjaya dalam kerjaya yang diceburi dan doakan kesihatannya bertambah baik. Baru-baru ini dia sakit 2 bulan…….
Thank’s you.

27 01 2010
angry father

ustadz…..sye tak puas ati la dgn kakitangan skolh sammps………lambat membuat urusan pemindahan………
L E M B A P

5 08 2013
saya la

manusia x sempurna…agak2 la nk meluahkan isi hati..bagus sgt ke “angry father?”

27 01 2010
Asri

W’salam, semuga cikgu-cikgu disana sihat-sihat sejahtera. Jasa semua guru tetap dikenang walaupon ada yg pahit. Tanpa guru, we all semua ni tak sampai ke mana.

Hope to see all of our teachers …..will call everybody as all we know to make a reunion. Our ‘ 1991 majalah sekolah’ missing some where… need to recall all our classmate. Some of us dah jadi ustaz, guru, arkitek, engineer, ahli politik, kontraktor, usahawan driving school etc. Proud to be ex-SAM Muhammadiah Bt 40.

Cikgu Laily, Cikgu Ainun, Cikgu Faridah, Cikgu Razali (dah pindah kot) <— remember sikit-sikit. Harap semua juga sihat.

14 09 2012
zaitiyapica

I’m also ex student here…SPM 1995
kadang2 bila balik kg…lalu gak depan tapak sekolah lama…
taman yg pakcik mail jaga dulu masih ada lagi….

2 02 2010
sammps

Waalaikum salam..Rozina..
Pertama sekali ucapan tahniah kerana dah jadi guru…dapat pahala banyak…ruginya sapa2 tak jadi cikgu..
1. Cikgu Suhaimi Bushro = masih lagi warden yang garang…he..he..
2. Cikgu CT = Dah jadi warden. Ngajar BM & Sej
3. Cikgu Razali = Dah pindah SAM Parit Baru
4. Ustaz Musa = Dah bersara (pencen)
5. Ustaz Sayuti = dah meninggal Inna lillahi wa inna ilaihi roojiuun. Al-fatihah..
6. Cikgu Ainun = masih setia lagi setia ngan sek ni…
7. Cikgu Laili = masih setia lagi setia ngan sek ni…

8. Cikgu Faridah = guru kaunseling sekolah sepenuh masa…tidak terikat lagi dengan pnp di dalam kelas…
9. Ustaz Syukor = Dah bersara (pencen)
10. Ustaz Mahmud = Dah bersara (pencen)
TQ.

2 02 2010
sammps

Waalaikum salam….!
1. Ustaz Khaironi = Dah bersara (pencen) Jadi imam besar Masjid Sabak Bernam sekarang ni…
2. ustaz Mahali = Dah bersara (pencen)
3. Cikgu Suhaimi kirim salam kat kamu….Dia kata sangat merindukan kamu…he..he..
TQ.

9 02 2010
Asri

Pihak sekolah masih ada ke simpan koleksi Majalah sekolah…kalau ada saya nak beli or pinjam utk scan gambar-gambar yang berkaitan…

majalah edisi awal like 1991…..

13 03 2010
nurul wahidah shuhaimi

asalammulaikum…

ustaz saya nak tanye asrama puteri@ putera ade kosong tak saya nak masukkan adik saya dan adik sedara saya.

[BALAS]

15 03 2010
sammps

Waalaikum salam !
Nurul wahidah boleh terus berhubung dgn Us Gos Hafiz untuk bertanya kekosongan penempatan di asrama (L) @ (P)
Terima kasih !
Admin SAMMPS

26 03 2010
Norafidah Binti Adnan

Salam..

Saya bekas penuntut sek. nih dari 1996-1997..Lepas SPM sy sambung belajar di UIA..guru-guru sy masa tuh cikgu razali,cikgu rozli,ust. sayuti, cikgu suhaimi…byk lagi…tp dah lupe nama..seingat sy masa tuh sy hanya belajar dikelas yg dibina dr kayu jer…apapun sy tgk dah byk perubahan pada sek. nih..alhamdulillah…semoga sekolah ni terus melahirkan generasi anak2 yg cemerlang…

1 10 2010
mazni binti soho

sekolah ini banyak menyedarkan betapa pentingnya Ilmu.teringat kepada mudir Abah dan ustaz mahali.pada tahun 1988.sekarang aku sudah berjaya menjejakkan kai kutm unuk deegre.dan ke u.malaya untuk program master.terima kasih cikgu.kepada kawan2 lama dan guru 2 saya mohon maaf banyak.o133970471

3 10 2010
Husna Binti Lutfi Amir

salam haizum…belajar dimana?
lama tak dengar berita…

4 10 2010
kimi

sk Batu Sawar ucapkan kepada guru2 satu malaysia agar doakan kami semua

4 10 2010
kimi

boleh……….

16 10 2010
diyana afiqah

salam,,,sy tringin sgt nk msuk skolah nie,,,,tpi pe kelayakan yg harus sy ade tuk msuk skolah nie….sy pelajar ting 3 thun2010…..mphon pendapat…

21 01 2011
falah

Salam…sekolah ni xde kekosongan jawatan untuk guru kontrak/gstt ke??mcm mana prosedur utk apply jawatan guru kontrak/gstt di SABK ye??

1 04 2011
habibah sulaiman

salam…saya bekas pelajar sek ni tahun 1986-1990. masih segar dlm ingatan cikgu laili, cikgu faridah dn cikgu suhaimi yg masih setia di sammps yg dulu dikenali sek batu 40..jasa MU tetap dikenang kerana sekarang ni juga saya menjadi seorang pendidik… USJ SUBANG JAYA.

21 11 2011
yani

slm,anak sya mendapat upsr 1a1b3c..psra lulus. 47.4.dia amat berminat bersekolah beragama..adakah anak saya layak untuk memohon..dan bagaimana cara nye.

22 11 2011
sammps

syarat kelayakan anak puan tidak mencukupi untuk masuk belajar ke sekolah ini.
walau bagaimana pun puan boleh merayu dengan pegawai pendidikan di PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) beserta surat sokongan mana-mana pihak berwajib.
Mudah-mudahan dipertimbangkan.
TQ

24 12 2011
anizah binti hasim

ANAK SAYA BERSEKOLAH DI SEKOLAH SWASTA DI GOMBAK DAN MENDAPAT UPSR 1A 4B DAN PSRA JAYYID JIDDAN PERATUS 78.8%. DALAM PEPERIKSAAN UPSR 2011. ADAKAH DIA AKAN MENDAPAT PELUANG UNTUK MENDAPAT TEMPAT DI SEKOLAH INI. ANAK SAYA AMAT BERHARAP BEGITU JUGA SAYA.

14 04 2013
rose

Ank saya pernh berskolah di sammps selma 3 th.tkasih guru2 tg mgajar.seandainya subjek sains tulen ada di sek.ini sudah tentu ank saya msih berada di skolah ini.sekolah ini selesa.

12 07 2013
sammps

terima kasih…insyaallah semoga anak anda berjaya.berkenaan dengan aliran sains,sekolah sentiasa mohon pada pihak atasan.

14 11 2013
Muhammad Naim Omar

Assalamualaikum anak saya mendapat 1A 1B 3C dalam upsr dan pangkat jaiyyid dalam psra. Layak ke memohon masuk sekolah ini

14 11 2013
ASRAMA SAMMPS

Waalaikum salam…Kelayakan untuk memasuki sekolah ini ialah 3A 2B bagi UPSR dan Jaiyid bagi PSRA. TQ

15 11 2013
Rashidah Mat

Assalamualaikum. anak saya mendapat upsr 2a 3b dan psra mumtaz, beliau amat berminat belajar disekolah ini. Saya baca di atas 3a 2b. Bolehkah dia membuat rayuan.

19 11 2013
ASRAMA SAMMPS

Boleh.Uruskan segera.

17 01 2016
mizi

bagaimana nak cek keputusan rayuan bagi kemasukan tingkatan satu 2016?
mintak pencerahan

13 02 2016
ASRAMA SAMMPS

Sila hubungi pejabat agama islam daerah sabak bernam (PAID Sabak Bernam)

Terima kasih

21 01 2016
Muaz zakila

Rindu zaman sekolah dlu walaupon baru beberapa bulan tinggal kan sklh … Terima kasih buat semua cikgu2 sammps kerana mendidik sya

12 02 2016
ASRAMA SAMMPS

sama2…semoga berjaya

25 01 2016
Puan Faizah

Saya ingin memohon utk menghantar anak saya utk ke tingkatan 1 di sekolah ini. Sebelum ini dia belajar disraitaf batu belah klang. Saya telah memohon sekolah men. Agama melalui online, tapi tidak berjaya. Keputusan upsr anak saya 1a1b3c dan Psra jaid jiddan. Saya berharap sgt anak saya dpt melanjutkan pelajaran ke sek. Agama. Kampung saya pun tak jauh dari sek ini. Harap2 berilah bantuan kpd kami.

9 02 2016
ASRAMA SAMMPS

Sila berurusan dengan Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam (PAID)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: