PERATURAN SEBELUM DAN SEMASA PELAJAR MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN BAS

PERATURAN SEBELUM DAN SEMASA PELAJAR MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN BAS


SEBELUM

  1. Penumpang mestilah membuat pembayaran tambang kepada AJK bertugas serta mendapat tiket yang sah yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan bas (jika ada)
  2. Penumpang mestilah menyemak senarai nama sebelum menaiki bas.Sebarang masalah bolehlah dirujuk kepada Exco.
  3. Memastikan destinasi dan nombor bas sebelum menaiki bas.
  4. Etika pemakaian:-

# Baju batik asrama atau,

# Uniform sekolah yang lengkap

# Seluar slack hitam

# Kasut

  1. Semua beg baju hendaklah diletakkan di bonet bas (Luggage),Beg yang ringan boleh diletakkan di dalam bas.Bagi pelajar yang turun di terminal Sungai Buloh atau Kuala Selangor,Sila letakkan beg baju dan beg ringan anda di dalam bas kerana bonet bas tidak akan dibuka semasa anda telah tiba di destinasi.

 

SEMASA

  1. Penumpang hendaklah duduk di tempat masing-masing sepanjang perjalanan.Tidak dibenarkan menukar tempat duduk semasa bas sedang berjalan.Kedudukan penumpang:-

# Pelajar LELAKI duduk di bahagian Belakang

# Pelajar PEREMPUAN duduk di bahagian Depan

  1. Jika bas ditahan oleh pihak JPJ atau Polis,sila berikan kad pengenalan anda kepada pegawai bertugas (jika diminta berbuat demikian).
  2. Semua plastik atau bungkusan makanan sila buang ke dalam tong sampah yang disediakan di dalam bas.TIDAK DIBENARKAN makan Ais Krim atau makanan berat di dalam bas.
  3. Jika mendapat arahan untuk pertukaran bas,sila pastikan anda tidak meninggalkan apa-apa barang di dalam bas.Pihak pengurusan TIDAK BERTANGGUNGJAWAB di atas barang-barang anda.
  4. Jika Berlaku KECEMASAN,jangan panik dan segera turun daripada bas dengan berhati-hati.Tidak perlu membawa apa-apa barang turun daripada bas.

 

*Pelajar yang tidak mengikuti atau melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan bas akan diambil tindakan atau TIDAK LAYAK untuk menggunakan perkhidmatan ini serta-merta

 

Peraturan berkuatkuasa: JANUARI 2016




%d bloggers like this: