SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H / 2010M

11 03 2010

صلوات على النبي

صلى الله على محمد * صلى الله عليه وسلم

صلى الله على محمد * صلى الله عليه وسلم 

يا نبي سلام عليك *  يا رسول سلام عليك

يا حبيب سلام عليك  *  صلوات الله عليك

اشرق البدر علينا * فاختفت منه البدور

مثل حسنك ما رأينا * قط يا وجه السرور

أنت شمس أنت نور * أنت نور فوق نور

أنت السير وغالي * انت  مصباح الصدور 

يا حبيبي يا محمد * يا عروس الخافقين

يا موءيد يا ممجد * يا إمام القبلتين

احتفال مولد الرسول صلى الله عليه وسلم 

12 ربيع الاول

TENTATIF PROGRAM

Rabu3 Mac 20103:00-5:00 ptg
  • Pertandingan Bercerita

        ( Menengah Rendah –  L&P )        

  • Pertandingan Mendeklamasikan

        Sajak ( Menengah Rendah dan      

        Menegah Tinggi—L&P )

 

Jumaat5 Mac 20107:30-10:00 pg
  • Perarakan Maulidur Rasul  dan

        Pertandingan Sepanduk Terbaik

  • Forum Maulidur  Rasul

 

3:30-5:00 ptg  9:00-10:30 mlm
  • Pertandingan Syarahan Agama

        ( Menengah Tinggi—L&P )

  • Pertandingan Nasyid Terbuka

         Lelaki

 

Isnin-Jumaat1-5 mac 2010(Perhimpunan)
  • Kuiz Sirah Rasulullah SAW
Sehingga pembukaan cuti pertengahan penggal 1
  • Pertandingan Buku  Skrap

         Sirah Rasulullah SAW

Ahli Jawatankuasa

Penasihat:

En. Mohamad Jamil Sarin

Pengerusi :

 En. Khairun Nizam Tarmiji

Naib Pengerusi:

Pn. Bibi Melur Mohd Fakeh

Penyelaras:

Pn. Ngismah Yahya

Setiausaha:

Pn. Siti Hajar Ibrahim

Bendahari:

En. Sallehudin Sarif

Hakim:

Sarimah Nordin

ANJURAN :

1.ASRAMA SAM MUHAMMADIAH PEKAN SABAK

     2. KELAB KEBUDAYAAN DAN KESENIAN ISLAM

          3.PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM

Kami dari Rumah Unggu. Paling semangat berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W

Kami dari Rumah Kuning. Lagi bersemangat berselawat ke atas Nabi...

Kami dari Rumah Hijau. Lagi, lagi bersemangat berselawat ke atas Nabi....

Kami dari Rumah Biru. Lagi, lagi dan lagi bersemangat berselawat ke atas Nabi....

Pengajaran forum: 1. Jangan aibkan orang depan orang lain. 2. Siapa yang tak sholat 5 waktu dengan betul, dia akan bangun dari kubur sebagai khinzir hitam. 3. Wasiat Nabi: لا تغضب ، لا تغضب ، لا تغضب Jangan marah 3x

Barisan pelajar SAM Muhammadiah sedang berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dalam program perarakan Maulidur Rasul 1431 H

Kawasan sekolah yang sangat cantik dihiasi dengan pokok palma macam pokok tamar di padang pasir mengamit ratusan pelajar sedang berselawat ke atas junjungan Baginda S.A.W. Wow hebat...

Semua warga SAM Muhammadiah mengambil bahagian di dalam perarakan Maulidur Rasul 1431 H. Nah! Lihatlah betapa semangatnya guru-guru ni berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W





MAJLIS KHATAM AL-QUR’AN PERINGKAT SEKOLAH 2009

17 09 2009
Majlis Khatam al-Qur'an dimulakan dengan bacaan al-Qur'an surah ad-Dhuha oleh pelajar-pelajar terpilih dari Ting.1, 2 &4. Manakala pelajar-pelajar ting.3 & 5 ada peperiksaan percubaan.

Majlis Khatam al-Qur'an dimulakan dengan bacaan al-Qur'an surah ad-Dhuha oleh pelajar-pelajar terpilih dari Ting.1, 2 &4. Manakala pelajar-pelajar ting.3 & 5 ada peperiksaan percubaan.

Semua guru turut serta terlibat dalam mengimarahkan program majlis khatam al-Qur'an bagi bulan Ramadhan 1430H. Semoga program tadarus al-Qur'an peringkat asrama & sekolah diterima Allah dan diampunkan segala dosa-dosa lalu & ditambahkan pahala-pahala baru.

Semua guru turut serta terlibat dalam mengimarahkan program majlis khatam al-Qur'an bagi bulan Ramadhan 1430H. Semoga program tadarus al-Qur'an sepanjang bulan Ramadhan peringkat asrama & sekolah diterima Allah dan diampunkan segala dosa-dosa lalu & ditambahkan pahala-pahala baru.

Para pelajar memperdengarkan bacaan al-Qur'an secara bergilir-gilir disemak oleh guru-guru pendidikan Islam.

Para pelajar menperdengarkan bacaan al-Qur'an secara bergilir-gilir disemak oleh guru-guru pendidikan Islam.

Para pelajar putri juga turut mengimarahkan program khatam al-Quran. Guru perempuan duduk di saf belakang mengawasi perjalanan program berlangsung dengan baik.

Para pelajar putri juga turut mengimarahkan program khatam al-Quran. Guru perempuan duduk di saf belakang mengawasi perjalanan program berlangsung dengan baik.

Majlis Khatam al-Qur’an bermula jam 8:00 pagi & berakhir pada jam 9:30 pagi.

Setelah selesai bacaan al-Quran dan do’a khatam al-Quran oleh pelajar-pelajar terpilih dari ting. 1, 2 & 4 pihak majlis khatam al-Qur’an anjuran Unit Dakwah & Rohani diketuai oleh Us. Sallehudin bin Sarif menjemput Pengetua En.Mohammad Jamil bin Sarin diiringi oleh Us.Khairun Nidzam bin Tarmiji menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim piatu berupa wang sebanyak RM70.00 seorang bagi yang meninggal bapa. Manakala yang meninggal ibu pula mendapat RM60.00    .

Jumlah pelajar yang meninggal bapa : 35 orang

Jumlah pelajar yang meninggal ibu : 26 orang.

Jumlah kutipan derma dari pelbagai pihak  : RM3255.00

Pihak yang menyumbang derma :

(1) Badan Kebajikan Pelajar.

(2) PIBG

(3) Kelab Guru & Kakitangan

(4) Peribadi dari individu guru-guru.

(5) Pembekal makanan “Uyin Enterprise”

Semoga Allah menambah & melimpahkan rezeki anda. Amin…..!

Tuan Pengetua En.Mohammad Jamil bin Sarin juga menyampaikan ucapan penutupan & nasihat kepada semua pelajar agar dapat menjaga keselamatan diri masing-masing sempena sambutan hariraya Aidil Fitri di kampung masing-masing. Jangan main mercun dan menunggang motorsikal secara berbahaya (lumba haram @ rempit). Para pelajar juga diingatkan setelah habis bercuti akan menduduki peperiksaan dalaman (akhir tahun, gerak-gempur) & luaran (PMR, SMA & SPM ).





CERAMAH MOTIVASI JULAI 2009

18 07 2009

Tajuk : Cinta, Remaja dan Harapan

Tarikh : 17/07/2009

Hari : Jumaat

Masa : 9:15 ~ 11:15 malam

Penceramah : Ustaz Yahya bin Abd Rashid

                             Guru SAM Tengku Ampuan Jemaah, Seksyen 11, Shah Alam, Selangor

Semua Pelajar Asrama Lelaki & Perempuan wajib hadir. (650 orang)

Anjuran : Unit Kaunseling & Badan Dakwah & Surau Asrama

 

Ustaz Yahya bin Abd Rashid sedang menyampaikan ceramah motivasi menggunakan kemahiran ICT membuatkan semua pelajar aspura & aspuri tak kering gusi berasa seronok mengikutinya. Tahniah ustaz ! Tahun depan kami nak jemput lagi..Boleh?

Ustaz Yahya bin Abd Rashid sedang menyampaikan ceramah motivasi menggunakan kemahiran ICT membuatkan semua pelajar aspura & aspuri tak kering gusi berasa seronok mengikutinya. Tahniah ustaz ! Tahun depan kami nak jemput lagi..Boleh?

Pelajar Aspura tergelak besar ...Bestnya ustaz ni ! Kami tak kan sia-siakan ilmu yang diajarkannya..

Pelajar Aspura tergelak besar ...Bestnya ustaz ni ! Kami tak kan sia-siakan ilmu yang diajarkannya..

Seorang pelajar tingkatan 1 sedang diuji kefahamannya...Jangan takut dek! Nanti senag cari kerja kecil-kecil berani ditemuduga...apa pun tahniah...Ini contoh yang baik.

Seorang pelajar tingkatan 1 sedang diuji kefahamannya...Jangan takut dek! Nanti senag cari kerja kecil-kecil berani ditemuduga...apa pun tahniah...Ini contoh yang baik.

 

Semua pelajar aspuri terpegun melihat tayangan video orang kena rotan di punggung sampai berdarah (penjenayah penjara)Lepas tu semua tutup telinga takut dengar raungan kena rotan.

Semua pelajar aspuri terpegun melihat tayangan video orang kena rotan di punggung sampai berdarah (penjenayah penjara)Lepas tu semua tutup telinga takut dengar raungan kena rotan.