HARI INTERAKSI BERSAMA IBU BAPA/PENJAGA & MOTIVASI KEIBUBAPAAN

20 07 2010

Peranan Ibu Bapa Dalam Membentuk Genarasi Berilmu & Berakhlak ke arah Kecemerlangan duniawi & ukhrawi

Tarikh : 16 Julai 2010

Tempat : Dewan SAM Muhammadiah

Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling

                     dengan kerjasama PIBG

Objektif :

1. Mengeratkan hubungan ibu bapa/penjaga pelajar dengan pihak sekolah.

2. Memantapkan peranan ibu bapa/penjaga ke arah kecemerlangan anak-anak dari segi akademik & sahsiah.

3. Membangunkan institusi kekeluargaan ke arah yang lebih cemerlang duniawi & ukhrawi.

 Aturcara Majlis:

7:20 ~ 8:00 pagi          Perhimpunan di Dataran SAM Muhammadiah

8:00 ~ 9:45 pagi           Ibu bapa/penjaga Menandatangani Rekod Pelajar

9:30 ~ 10:00 pagi        Rehat Pelajar 

10:00 ~ 10:10 pagi      Ucapan Pengerusi Majlis 

10:10 ~ 10:20 pagi      Ucapan Tuan Pengetua

                                            En. Mohammad Jamil bin Sarin

10:20 ~ 12:20 tengahari  Motivasi Ibubapa / Penjaga

12:20 tengahari        Bersurai

Penghargaan:

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung.

En Mohamad Azir b Ismail sedang memberi ceramah motivasi penuh semangat. Hadirin yang mendengar pun sangat bersemangat. Terima kasih Cikgu Mohamad Azir !

En Mohamad Azir b Ismail Perunding Motivasi, Kemahiran & Strategi Belajar. Astana Pintar Sdn. Bhd Kuala Kangsar, Perak

Hari Interaksi Bersama ibapa & Motivasi Keibubapaan ~ Sebahagian peserta yang hadir khusyuk mendengar tip-tip anak cemerlang..Rugi siapa tak dengar tip-tip tu..!

Report Card Day July 2010~Pn Nurkhafizah Mohd Anur sedang ditanya oleh ibu pelajar berkenaan subjek-subjek payah.

Report Card Day July 2010~Barisan guru matapelajaran SPM yang bersiap sedia menjawab sebarang permasalahan anak-anak didik Skor "A"

Advertisements




KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA 2009

14 04 2009
Dipancarkan melalui laptop/LCD menggunakan microsoft power point

Dipancarkan melalui laptop/LCD menggunakan microsoft power point

Sebahagian pelajar Men Keb, Ren Keb & SABK Daerah Sabak Bernam yang mengambil bahagian melukis poster bertemakan " Sains & Teknologi Asas Keutuhan Ekonomi Negara"

Sebahagian pelajar Men Keb, Ren Keb , SMKA & SABK Daerah Sabak Bernam yang mengambil bahagian melukis poster bertemakan " Sains & Teknologi Asas Keutuhan Ekonomi Negara"

Sebahagian guru pengiring & urusetia karnival pendidikan kaunseling kerjaya 2009 sedang menjamu selera (sarapan pagi)

Sebahagian guru pengiring & urusetia karnival pendidikan kaunseling kerjaya 2009 sedang menjamu selera (sarapan pagi)

 Tajuk     : Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya 2009

Tema      : Sains & Teknologi Asas Keutuhan Ekonomi Negara

Tarikh    : 14/04/2009

Hari        : Selasa

Masa      : 8:30 am ~ 12:00 am

Anjuran : 1. PPD Sabak Bernam 

                    2. Majlis guru kaunseling Daerah Sabak Bernam.

Aktiviti  :1. Melukis poster bagi kategori sek menengah.

                   2. Melukis poster bagi kategori sek rendah.

Penyertaan : 1. Sek Men  (16 buah)

                            2. Sek Ren (29 buah)

Jumlah Penyertaan : Satu sek men ~ 2 peserta.

                                            Satu sek ren ~ 1 peserta.

Tempat Pertandingan : Dewan SAMMPS.





KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD SABAK BERNAM 2009

12 04 2009
Barisan Pasukan Bola sepak bawah 15 thn telah menjadi juara keseluruhan perlawanan bola sepak bwh 15 thn. Final berlangsung di Stadium Sg. Besar, Selangor. Turut hadir memberi sokongan padu pada pertandingan itu ialah Tuan Pengetua En. Mohammad Jamil bin Sarin. Berdiri di tengah-tengah 7 dari kiri.

Barisan Pasukan Bola sepak bawah 15 thn telah menjadi juara keseluruhan perlawanan bola sepak bwh 15 thn. Final berlangsung di Stadium Sg. Besar, Selangor. Turut hadir memberi sokongan padu pada pertandingan itu ialah Tuan Pengetua En. Mohammad Jamil bin Sarin. Berdiri di tengah-tengah 7 dari kiri.

Kejohanan bola sepak MSSD Sabak Bernam bawah 15 dan 18 tahun telah berlangsung selama 5 hari bermula 30, 31 Mac, 1,2, dan 3 April 2009 bertempat di Stadium Sabak Bernam dan Sungai Besar, Selangor. Bagi kategori 15 tahun sebanyak 12 buah sekolah telah menghantar pasukan untuk bertanding merebut kejuaraan. SAMMPS merupakan salah satu sekolah yang menghantar pasukan bola sepaknya bagi kategori 15 dan 18 tahun yang telah dilatih oleh Cikgu Mohd Razif bin Abd Malik, Ustaz Kamarul Arifin dan Cikgu Hairi b. Keliwon selaku pengurus pasukan bola sepak sekolah.

Pasukan bawah 18 tahun layak ke suku akhir sahaja telah tewas di tangan SMK Seri Bedena. Manakala pasukan bawah 15 tahun telah menjadi johan dengan menewaskan SSB di suku akhir dengan keputusan 3-1, SPBI di separuh akhir dengan keputusan 6-1 dan menewaskan SMK Sungai Besar 3-2.

Maka dengan ini rasmilah johan MSSD Sabak Bernam bawah 15 tahun telah dirangkul oleh pasukan SAMMPS.

Laporan ini disediakan oleh Ustaz Kamarul Arifin b. Yahya.





PERTANDINGAN AMAL ISLAMI PERINGKAT SEKOLAH 2009

8 04 2009

 

 

Budak-budak ni ada bakat buka syarikat rakaman nasyid. Tapi belajar dulu sampai habis universiti. Pastu bertemulah lah balik & buka kelab muzik @ tubuh syarikat rakaman nasyid. Boleh tumpang glamor..Ini dari Firqah Satria ( Hijau )

Budak-budak ni ada bakat buka syarikat rakaman nasyid. Tapi belajar dulu sampai habis universiti. Pastu bertemulah lah balik & buka kelab muzik @ tubuh syarikat rakaman nasyid. Boleh tumpang glamor..Ini dari Firqah Satria ( Hijau )

Juri hakim khusyuk mendengar pidato arab dari pelajar men rendah. Wah! Hebat betul budak-budak perempuan ni. Ada harapan sambung belajar kat Timur Tengah...
Juri hakim khusyuk mendengar pidato arab dari pelajar men rendah. Wah! Hebat betul budak-budak perempuan ni. Ada harapan sambung belajar kat Timur Tengah…

 

 

Tarikh

 

  : 03/04/2009

 

 

Hari       : Jumaat

Masa     : 8:30 pagi ~ 12:00 tengahari

Firqah : 1. Waja ( Merah )

                 2. Wira ( Kuning )

                 3. Satria ( Hijau )

                 4. Perdana ( Biru )

Acara Pertandingan

1. Syarahan Bahasa Arab

2. Syarahan Bahasa Inggeris

3. Syarahan Bahasa Melayu

4. Tafsir Al-Qur’an

5. Khutbah

6. Nasyid

Kategori : Men. Ren. (L/P )

Hakim  :

1. Syarahan Bahasa Arab : 1. Us Jaafar

                                                      2. Us Asraf

                                                       3. Us. Ab Hadi

                                                       4. Ust Norzidah

                                                       5. Ust Fadzillah

                                                       6. Ust Bibi Melor

2. Syarahan Bahasa Inggeris : 1. Pn Norhazliyana

                                                             2. Pn Zulaikha

                                                             3. Pn Nik Nor Fajaridayu

                                                             4. Pn Rapeah 

                                                             5. Cik Rasyidah

                                                            6. Pn Marlina

3. Syarahan Bahasa Melayu : 1. Cik Noraini

                                                           2. En. Suhaimi

                                                           3. Cik Hafizah

                                                           4. Pn Siti Salwiah

                                                           5. Pn Hafizah

                                                           6. Cik Fulana

4. Tafsir Al-Qur’an                  : 1. Pn Siti Nor

                                                          2. Us Ghadzali

                                                           3. Cik Syatirah Fatin

                                                          4. Us Aini Arbain

5. Khutbah                                  1. En Saiful

                                                         2. Us Khairun Nidzam

6. Nasyid                                      1. Cik Khairiyah

                                                         2. Pn Siti Zarina

                                                         3. Pn Fadzilah

                                                         4. Pn Ainon Ipin

                                                        5. Pn Siti Hajar

                                                        6. Pn Norlaili





PERTANDINGAN SENI KHAT AMAL ISLAMI PERINGKAT SEKOLAH 2009

7 04 2009
Sambutan luar biasa pelajar-pelajar sekolah ini dalam acara pertandingan khat 2009 sangat menggalakkan. Pasti akan muncul penulis khat terbaik negeri Selangor. Amiiiiin!

Sambutan luar biasa pelajar-pelajar sekolah ini dalam acara pertandingan khat 2009 sangat menggalakkan. Pasti akan muncul penulis khat terbaik negeri Selangor. Amiiiiin!

Tajuk   : Pertandingan Seni Khat Peringkat Sekolah 2009~Amal Islami

Tarikh : 31/03/2009

Hari     : Selasa

Masa    : 3:45 pm ~ 4:45 pm ( satu jam sahaja )

Kategori : Men. Atas (L) & (P)

                     Men. Ren (L) & (P)

Jumlah Peserta : 80 orang lelaki & perempuan.

Keputusan : InsyaALLAH pada hari jumaat bersamaan 10/03/2009

Anjuran : Unit Amal Islami 2009 diketuai oleh Ustaz Abdul Ghani b. Abdullah





KURSUS PENGURUSAN KELAB & PERSATUAN 2009

28 03 2009
Buat  julung kali pertamanya, pada hari ini 28/03/2009 bersamaan hari Sabtu, Unit Koko SAMMPS sedang mengadakan “Kursus Pengurusan Kelab & Persatuan” bertempat di Dewan Besar SAMMPS.

Kursus ini hanya dibuka kepada Exco-exco dan AJK sahaja yang memegang sebarang jawatan di dalam persatuan & kelab masing-masing di sekolah ini.

Objektif  kursus ini diadakan untuk melahirkan pemimpin yang mahir di dalam mengendalikan perjalanan dan pengurusan kelab & persatuan mengikut garis panduan & prosedur yang telah ditetapkan oleh PPD serta Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jumlah peserta kursus ini adalah seramai 250 orang sahaja. Meliputi pelajar Tingkatan 1 hingga 5.  

Kursus ini bermula pada jam 8:00 pagi dan berakhir pada jam 2:30 petang.

Kursus pengurusan kelab dan persatuan disampaikan oleh us Ghadzali Ismail. Para pelajar dibekalkan sebual fail yang mengandungi buku panduan pengurusan kelab & persatuan dan alat tulis percuma. Wah! baiknya Unit Koko ni. Makan & minum pagi & tengahari juga disediakan.

Kursus pengurusan kelab dan persatuan disampaikan oleh us Ghadzali Ismail. Para pelajar dibekalkan sebual fail yang mengandungi buku panduan pengurusan kelab & persatuan serta alat tulis percuma. Wah! baiknya Unit Koko ni. Makan & minum pagi & tengahari juga disediakan.

 Peserta (L) Kursus Pengurusan & Kelab sedang khusyuk mendengar penerangan mengenai Pengurusan Kelab & Persatuan dari Us. Ghadzali Ismail. Wah! Hebatnya ustaz ni!

 

 
Peserta (P) Kursus Pengurusan Kelab Persatuan terpegun mendengar taklimat pengurusan kelab & persatuan disampaikan oleh Us Ghadzali Ismail. Sememangnya golongan ustaz serba boleh. Thank's you !

Peserta (P) Kursus Pengurusan Kelab Persatuan terpegun mendengar taklimat pengurusan kelab & persatuan disampaikan oleh Us Ghadzali Ismail. Sememangnya golongan ustaz serba boleh. Thank's you !





KEJOHANAN PING-PONG MSSS 2009

23 02 2009

Kejohanan acara Ping-pong MSSS dijalankan di UiTM, Shah Alam pada 17 ~20/02/2009 bersamaan hari Selasa hingga hari Jumaat.

SAM.Muhammadiah telah menghantar 4 orang peserta mewakili Daerah Sabak Bernam, Selangor ( 3 orang pelajar Lelaki 1 orang pelajar perempuan ). Jumlah peserta dari Daerah Sabak Bernam ialah 18 orang pelajar sahaja.

Pencapaian dari kejohanan tersebut Daerah Sabak Bernam telah berjaya mengondol 1 pingat emas dari kategori beregu perempuan terbuka bukan Cina. 1 pingat perak dan 4 pingat gangsa.

Manakala pencapaian SAM.Muhammadiah Pekan Sabak telah berjaya mengungguli 1 pingat emas dari kategori beregu perempuan terbuka bukan Cina: Nor Atikah binti Nordin. 2 pingat gangsa iaitu 1 pingat datang dari kategori terbuka Lelaki Bukan Cina & 1 pingat lagi datang dari kategori beregu berpasukan Lelaki bawah 18 tahun : Mohd Ilham & Syamil Habib.

Pihak sekolah mengucapkan syabas serta berjuta-juta tahniah di atas pencapaian yang membanggakan ini kepada wakil sekolah peserta ping-pong serta guru-guru yang terlibat secara langsung & tidak langsung dan jurulatih pasukan ping-pong yang  bertungkus-lumus mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri. Semoga jasa anda mendapat ganjaran pahala yang banyak dari Allah.